![]() ![]() � 1999 Hak Cipta Terpelihara Edisi 2001 Perpustakaan Negara Malaysia sp-bujamepok.htm ![]() ![]() ![]() |
![]() |
Sejenis tas tangan atau kantong yang diperbuat daripada kain tebal yang ditenun serta disulam dengan berbagai corak, mengikut citrarasa penenun. Ada juga yang ditekat dengan labuci atau sulaman benang emas, perak dan berukuran antara 20sm. hingga 25sm. persegi. Dibahagian mulutnya terdapat lebihan kain, memudahkan untuk dilipat mengepit bahagian permukaan mulut. Sekeping kain kecil panjang dijadikan sebagai seutas tali sebagai pengikatnya atau pengunci, agar barangan yang terdapat di dalamnya tidak mudah terjatuh keluar. Dibahagian bucu kiri dan kanan sebelah bawahnya dibuatkan rambu-rambu kain yang berwarna-warni, menjadikan lebih berseri lagi.
Seulas piak sirih akan dihulurkan kepada seseorang sambil menyatakan hasrat undangan tersebut. Bujam epok juga akan disandang oleh tuan rumah atau orang kanan di majlis perkahwinan bertujuan membahagi-bahagikan piak sirih kepada para tetamu undangan dan juga dijadikan untuk menempatkan sumbangan yang berupa wang ringgit yang diterima dari para jemputan.
|