![]() ![]() � 1999 Hak Cipta Terpelihara Edisi 2001 Perpustakaan Negara Malaysia sp-ketur.htm ![]() ![]() ![]() |
![]() |
Ketur atau dikenali sebagai tempat berludah. Bagi para pensirih merupakan perlu menjaga kebersihan, kerana sepah dan ludah yang diluahkan hasil dari proses bersirih adunan daun sirih, kapur, gambir dan pinang akan bertukar kepada warna merah pekat dan kotor.
Ia lebih sesuai dengan bentuk fizikalnya yang mempunyai ketinggian diantara 20sm. hingga 25sm. serta berat. Dengan yang demikian tidak mudah tergolek. Jika ianya terjadi sisa sepah di dalamnya tidak mudah tumpah ke atas lantai, disebabkan mempunyai kepak yang lebar dibahagian mulutnya dan ciri-ciri bahagian perutnya yang kembung. Reka bentuk ketur yang sedemikian adalah memudahkan ketika berludah, biasan sepah yang disemburkan kedalamnya tidak mudah tersepah keluar dan percikan kemuka ketika meludah. Ianya akan digunakan khas apabila bersirih di rumah sahaja dan tidak sesuai apabila bersirih ketika berpergian. Para pensirih akan membersihkannya setiap hari bagi mengelakkan dari berbau busuk.
|