

� 1999 Hak Cipta Terpelihara
Edisi 2001
Perpustakaan Negara Malaysia
sp-sirihpinang.htm
 
 |
 |

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan
sifat sopan santun, berbudi bahasa serta penuh dengan adat budaya dalam menjalani
kehidupan seharian. Begitulah keadaanya dalam adat bersirih, setiap bahan yang terkandung
mempunyai pengertian dan membawakan maksud tertentu.
 |
Dimengertikan sifatnya
yang merendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain, sedangkan dirinya sendiri adalah
bersifat pemberi. Ini disebabkan dengan sifat memanjat pohon sirih di atas junjung atau
pokok sakat atau juga pokok api-api yang digemairnya dan dalam masa yang sama tidak
merosakkan junjung itu. |
|
|
 |
Melambangkan hati
seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia
akan berubah lebih agresif dan marah. Walaupun kapur ini diperolehi hasil prosesan
cengkerang kerang atau batu kapur, ianya berwarna putih bersih, tetapi tindakbalasnya
boleh melecurkan. |
|
|
 |
Dengan sifatnya yang
kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati. Warna daun gambir yang
kekuning-kuninangan serta melalui pemprosesan untuk mendapatkan sarinya sebelum boleh
dimakan bersama sirih. |
|
|
 |
Digambarkan sebagai
lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur. Bersedia
melakukan sesuatu perkara dengan hati terbuka dan bersungguh-sungguh. Ia memadankan sifar
pokok pinang itu yang tinggi lurus ke atas serta mempunyai buah yang lebat dalam setandan. |
|
|
 |
Melambangkan seseorang
yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal. Ini kerana daun tembakau itu
sendiri berasa pahit dan memabukkan apabila ianya telah dihiris halus sebagai tembakau
serta tahan lama untuk disimpan. |
|
|