

� 1999 Hak Cipta Terpelihara
Edisi 2001
Perpustakaan Negara Malaysia
sp-sirih.htm
 
 |
 |

Sejenis tumbuhan yang
terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia
Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu
sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Spesis sirih terdapat
berbagai-bagai nama tersendiri dalam bahasa Indonesia seperti Sirih carang, Be, Bed,
Siyeh, Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak.
Nama saintifiknya adalah Piper betel
Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa
Portugis - betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang
disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan
dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam
bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu.

Daun Sirih Melayu
|
Sifat tabii
sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya
atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur sirih]. Daun-daun sirih yang
subur berukuran antara 8sm. - 12sm. lebar dan 10sm. - 15sm. panjang. Sirih sesuai
hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca
tropika untuk membiak subur dengan air yang mencukupi. |
Sirih Cina
mempunyai rasa yang lebih lembut daripada sirih Melayu. Sirih Udang pula mempunyai urat
daun di belakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Sirih Melayu
adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sirih dan juga kegunaan di dalam adat
resam, dimana sirih ini berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sementara Sirih Keling
pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan kusam, rasanya yang lebih pedas serta agak
keras daunya ketika dimakan. |

Daun Sirih Keling
|
Rasa sirih adalah disebabkan oleh minyak
ruapan yang mengandungi fenol dan bahan-bahan terpene yang menyebabkannya pedas.
Bahan-bahan yang terdapat dalam daun sirih ialah kalsium nitrat, sedikit gula dan tannin.
Faktor-faktor yang
menentukan keenakan sirih adalah jenis sirih itu, umurnya dan cahaya matahari serta
keadaan daun-daunnya di bahagian atas tumbuhan itu. Daun sirih untuk dimakan adalah
daun-daun melintang di bahagian atas dahan-dahan sisi dan yang terbaik adalah yang
terbesar sekali. Sirih hutan tidak boleh dimakan, selain daunnya yang keras rasanya
juga tidak enak. Ia tumbuh dipohon pokok yang terdapat di hutan hujan tropika |
Sirih Hutan |
|
|
|
|
|
|
Sirih
dijunjung
|
Sirih
Melayu
|
Sirih
dipokok
|
Sirih
Keling
|
Daun-daun bawahnya yang
cacat (bersaiz kecil) dibuat ubat dan penawar oleh Dukun Melayu. Sirih bertemu urat adalah
yang menjadi pilihan kepada Mak Bidan dalam ilmu perubatan tradisional. Pada masa kini,
kegunaan sirih masih lagi penting dalam masyarakat Melayu walaupun bilangan orang yang
memakannya mula berkurangan. |
|
|
Sirih bertemu urat |
|
|