Perkataan yang berkaitan sirih pinang banyak digunakan di dalam pantun,
puisi, pepatah dan gurindam serta bidalan Melayu. Pantun merupakan puisi tradisi Melayu
yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran. Peribahasa pula
mengandungi bidalan, pepatah, perumpamaan dan pembilang atau disebut juga, kata orang
tua-tua. Di dalam peribahasa terkandung cakap-cakap bijaksana bagi
menggambarkan pengalaman hidup. Ianya selalu disebut-sebut, lalu dipakai untuk
menjadi sebagai bandingan, tauladan dan pengajaran.
|