Ibu kapur di lembah paya,
Tebang kelam dicuaca redup;
Sirih sekapur persembahan saya,
Minta disimpan seumur hidup.
Intan baiduri di dalam puan,
Gelang suasa dalam raga;
Bila ku pandang wajah mu tuan,
Bagai terpandang pintu syurga.
Jatuh upih jatuh seludag,
Jatuh mari di laman kami;
Nasi putih lauk udang,
Mari makan bersama kami.
Kalau hendak main keriku,
Kaca remuk dalam puan;
Kalau tidak jadi di situ,
Hati remuk kerana tuan.
Kalau ke sini tumbang kerajni,
Habislah ranap pokok pinang,
Kalau begini rupanya janji,
Bilalah cakap boleh dipegang.
Makan sirih berpinang tiada,
Pinang ada di Bukit Batu;
Tengok ke kiri ke kanan tiada,
Inilah saya yatim piatu.
Sungguh hitam si putik manggis,
Sirih kuning dalam tepak;
Sungguh hitam dipandang manis,
Putih kuning pengubat edah.