icon_sirih3b.jpg (21912 bytes)

logo.jpg (61012 bytes)

� 1999 Hak Cipta Terpelihara
Edisi 2001
Perpustakaan Negara Malaysia

sp-sirihjunjung2.htm


icon_variasi.jpg (1751 bytes)
Galeri


Sirih Junjung
Variasi Gubahan Sirih


ani_sirih.gif (88811 bytes)ani_sirih.gif (88811 bytes)
PURPLE.BAR.gif (7634 bytes)

arch.jpg (1737 bytes)

variasi-TIT.jpg (14446 bytes)

Jambangan sirih junjung merupakan satu gubahan yang unik dan indah. Hasil daya kreatif penyusunan daun-daun sirih yang tersisip rapi mengikut bentuk dan imaginasi pengubahnya.

Biarpun musim berganti zaman berlalu ia tetap menjadi lambang dan kemegahan masyarakat Melayu dalam memartabatkan budaya dan adat istiadatnya.

Dalam kerja mengubah sirih ini beberapa peralatan dan bahan gubahan perlu disediakan terlebih dahulu. Daun-daun sirih yang lebar dan cantik secukupnya. Antara lain bahan-bahannya seperti span, gabus, buah betik muda, empulur pokok pisang, dawai bunga, gelung rotan, tali tangsi, reben, kertas pelilit, kain net, lidi penyapu, kad keras, jarum peniti, raga kecil, dulang,  bunga segar atau kering, daun pakis, manik, kapur, pinang, cengkih, gambir dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Manakala peralatan yang perlu digunakan ialah pisau, gunting, pemotong dawai, kacip serta mengikut kesesuaian.

Konsep gubahan perlulah direka atau dibentuk terlebih dahulu, menyiapkan tapak atau alas gubahan itu, dengan menghiaskan dulang atau gabus dengan kain atau lain bahan. Kebiasaan reka bentuk diperbuat dari gabus, buah betik muda, empulur pokok pisang, raga kecil, kad keras atau bahan lain seperti pasu bunga kecil dan sebagainya.

Kepelbagaian gubahan sirih junjung mengikut citra rasa penggubah. Daun-daun sirih mula disusun mengikut aturan yang tertentu menyelimuti asas bentuk tersebut. Samada disusun selapis atau tiga lapis dengan menggunting daun-daun sirih itu mengikut saiz tersendiri. Lazimnya daun-daun sirih disusun dengan mengembang dibahagian bawahnya sebagai dataran dan membentuk dibahagian atasnya.

Bunga-bunga segar atau kering disulamkan dicelah atau dicucukkan bahagian kemuncak sebagai jemalanya. Bunga rampai, gambir, pinang dan kapur disorokkan dicelah lipatan daun-daun sirih dibahagian datarannya. Kain net dan manik-manik juga menyulami junjungan sirih itu sebagai hiasan dan menambah seri kecantikannya.

 

sebelum.gif (1470 bytes)

atas.gif (1378 bytes)

berikut.gif (1442 bytes)

| Menu Utama | Sekapur Sirih | Asal Usul | Penggunaan | Dongeng |
| Tepak Sirih |
Pengertian | Bekas Sirih | Cembul | Kacip | Gobek | Ketur | Celepa |
| Bujam Epok | Sirih | Sirih Junjung | Pinang | Gambir | Tembakau |
| Bunga Cengkih | Kapur | Gurindam | Penyelidik | Bibliografi |
| Galeri Foto | Agensi | Pautan | Warkah Titipan | Cetusan Rasa |