![]() ![]() � 1999 Hak Cipta Terpelihara Edisi 2001 Perpustakaan Negara Malaysia sp-guna 5.htm Bersirih dan Adat Simbol dan Pengantara Petua Atuk Abah Petua Atuk Emak Petua Nenek Kebayan Petua Cucu Cicit ![]() ![]() ![]() |
![]() |
Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah. Barah Rahim - Gaulkan sebati gambir, getah keladi gatal, air asahan akar pokok melur susun dan akar pokok melur biasa, buih gumpalan pokok pengaga besi dan pengaga biasa dan air asahan kemenyan putih. Lumurkan campuran tersebut ke rahim memalui lubang faraj. Bengkak Gusi - Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan. Air rebusan yang telah suam boleh buat berkumur. Lakukan tiga kali sehari, bengkak akan pulih dengan segera. Kurap - Campurkan satu camca gambir dengan empat camca pati santan tua dan sapukan pada kurap, untuk beberapa hari berturut-turut. Penyakit itu akan sembuh. Gatal Keladi - Untuk mengelakkan gatal keladi, masukkan beberapa kacipan pinang ke dalam rebusan atau masakan. Gigi Kuat - Mengunyah secebis kacipan pinang akan menambah kuat lagi gigi, selain dari amalan mengosoknya sebelum masuk tidur. Jeragat - Buah pinang masak dikupas kulitnya dan dikacip isinya. Sapukan kacipan pinang tersebut pada kulit muka yang bertompok-tompok hitam. Lakukan dua kali sehari sehingga betul-betul pulih. Karat Gigi - Sebiji pinang tua dikeringkan dan kacip halus. Goreng sangan (tanpa minyak) hingga hangus. Gunakan serbuk pinang tersebut untuk menggosok gigi dengan jari telunjuk semasa menggosok, hasilnya karat akan hilang dan gigi akan bertambah putih. Kembung dan Senak Perut
- Pinang muda ditumbuk halus dicampurkan dengan hati abu, arang dari puntung kayu dan
cucur atap dan bedakkan pada perut. Mabuk - Pinang muda dikunyah bagi menghilangkan rasa mual dan mengelakkan muntah. Minda - Amalan mengunyah secebis pinang juga boleh menguatkan daya fikir dan kosentrasi minda seseorang. Penyakit Kuning - Ambil tujuh biji buah pinang masak yang telah luruh dari pohannya dan kupas kulit. Kacipkan isinya nipis-nipis dan jemurkan hingga kering. Gorangkan kacipan tersebut dengan minyak masak hingga kehitaman dan tumbuk hingga halus seperti serbuk kopi. Ambil satu sudu teh dan campurkan ke dalam air pansa, minum dua kali sehari hingga sembuh. Sawan - Daun pandan yang kering dipohonnya, bakar dan ambil abunya serta campurkan dengan air pinang. Sapukan keseluruh badan sebagai bedak. Zahir Batin - Telur
ayam tiga biji ambil kuningnya, lada sulah tujuh biji, bawang merah sebiji, bawang putih
seulas, mayang pinang sedikit, gaharu dikikiskan sedikit, digiling halus dan dicampurkan
ramuan tersebut dengan kuning telur ke dalam mangkuk putih yang telah dituliskan rajah ini
| - Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat dan gaulkan dengan minyak lenga (minyak bijan) dan kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia mengurangkan air pada alat kelamin wanita, nescaya bertambah nikmat. Pacat Lintah - Bawalah sedikit tembakau apabila saudara ke dalam hutan atau sawah. Sekiranya anda digigit pacat atau lintah ambil sedikit tembakau dan celupkan kedalam air, serta perah dan titikkan airnya ke atas gigitan pacat atau lintah yang melekat itu. Untuk beberapa ketika pacat atau lintah akan tanggal dengan sendirinya dari kulit. Tahan Darah - Lembabkan segumpal tembakau ke dalam air bersih, dan tepekkan ke atas luka yang sederhana serta balutkan dengan kain bersih. Biarkan dan jangan gerakkan bahagian yang mengalami luka. Darah akan terhenti dengan sendirinya.
|