Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

search

Carian

faq-img

Soalan Lazim

maklumbalas

Hubungi Kami

faq-img

Aduan & Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

BM    EN

w3c

W3C

logo-jata
Laman Sesawang

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

image

faq-img

Warga

maklumbalas

Penerbit

maklumbalas

Awam

GARIS PANDUAN PERPUSTAKAAN KELUARGA

GARIS PANDUAN PERPUSTAKAAN KELUARGA

Perpustakaan Keluarga atau sudut bacaan di rumah boleh dijadikan saluran yang berkesan untuk menerapkan minat membaca dalam kalangan anggota keluarga. Definisi Perpustakaan Keluarga ialah bilik, ruang ataupun sudut di rumah anda yang telah dipilih khas untuk menempatkan bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar, pita kaset ataupun pita video. Bahan-bahan bacaan tersebut disusun dengan rapi di rak buku yang dipilih mengikut kesesuaian.
Bagi memudahkan anda mendapat buku yang diperlukan dari perpustakaan anda, buku-buku tersebut perlu diproses, yakni dicatatkan butiran penerbitan seperti nama pengarang, judul, nombor ataupun tanda khas, ke dalam rekod yang dikenali dengan nama katalog. Katalog boleh diwujudkan dalam bentuk kad atau pun buku. Katalog ini penting apabila koleksi bacaan anda semakin bertambah. Dengan adanya perpustakaan keluarga ini, anggota keluarga anda akan sentiasa mempunyai akses kepada bahan-bahan bacaan.
Buku yang hendak dibaca pula boleh diperolehi dengan mudah, bila-bila masa sahaja. Perhubungan keluarga boleh dieratkan lagi dengan membaca bersama dan membincangkan apa yang telah dibaca.

1. Tempat
  Pemilihan tempat yang sesuai amatlah penting untuk menentukan perpustakaan digunakan dengan sebaik-baiknya. Tempat-tempat boleh dipertimbangkan mengikut kemampuan keluarga antaranya:
 
  • Di mana-mana sahaja yang boleh menempatkan bahan bacaan;
  • Sudut yang paling sesuai serta jauh daripada punca kebisingan;
  • Sebuah bilik khas;
  • Sebuah almari atau rak.
  Jikalau anda dapat menyediakan sebuah bilik, sebaik-baiknya pilihlah bilik yang letaknya di tempat yang sesuai dan jauh daripada gangguan. Untuk keluarga yang hanya mempunyai sudut-sudut kecil di rumah memadailah dengan menempatkan almari atau rak buku. Usaha ini tidaklah memerlukan belanja yang besar dan rak mudah dialihkan dari sudut ke sudut yang lain.
  Jikalau ruang yang ada hanya si satu sudut sahaja, pilihlah sudut yang sesuai untuk kegiatan keluarga. Sekiranya ruang itu tidak mencukupi, sudut di dalam bilik tidur anak anda juga boleh digunakan untuk menempatkan koleksi bahan bacaaan anak anda. Terserahlah kepada ibu bapa untuk menentukan luas ruang yang diperlukan.

 

2. Koleksi
  Umumnya, koleksi perpustakaan akan mencerminkan minat serta tingkat pembacaaan seseorang. Koleksi perpustakaan keluarga akan mencerminkan minat pembacaan penghuninya. Sebaik-baiknya, koleksi perpustakaan mempunyai imbangan bahan-bahan bacaaan yang berat dan ringan. Ini meliputi buku-buku rujukan umum seperti kamus, atlas dan ensiklopedia. Pada masa ini, banyak keluarga yang sudah mempunyai alat pandang dengar seperti komputer, dimana alat tersebut boleh juga ditempatkan di perpustakaan.
  Sebagai langkah pertama, kumpulkan semua buku yang terdapat di rumah, (tidak termasuk buku pelajaran anak-anak). Ahli-ahli keluarga boleh memulakan koleksi perpustakaan dengan membeli satu atau beberapa nashkah buku setiap bulan mengikut kemampuan masing-masing. Bahan-bahan seperti kamus, ensiklopedia, buku masakan, kesihatan, sukan, jahitan, berkebun dan tajuk-tajuk lain boleh dibeli jika berkemampuan. Demikian juga dengan buku-buku cerita dan bahan bacaan yang lainnya.

 

3. Alat Keperluan
  Alat keperluan asas yang diperlukan untuk penyediaan Perpustakaan Keluarga ialah:
 
  • Rak-rak untuk menempatkan bahan-bahan bacaan. Rak ini boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan batu bata dan papan;
  • Sebuah meja dan kerusi atau meja makan dan kerusinya untuk tempat membaca dan memproses buku;
  • Tikar atau sebarang pelapik yang boleh digunakan untuk menutup lantai;
  • Rak yang sesuai untuk menempatkan komputer, televisyen dan lain-lain alat pandang dengar.
  Rak-rak boleh ditempah khas untuk menyusun buku-buku di sepanjang dinding atau dibeli rak-rak yang sedia dijual di kedai. Perkara ini terserah kepada kemampuan tiap-tiap keluarga itu. Rak yang amat praktis ialah jenis rak yang terbuka, tidak bertutup cermin atau kayu. Rak-rak begini memudahkan anda melihat buku-buku yang ada, mengeluarkannya dan menyimpannya kembali. Namun begitu, rak yang paling murah ialah yang menggunakan beberapa batu bata dan kepingan papan yang diatur bertingkat-tingkat.

 

4. Penyusunan Bahan
  Cara yang mudah untuk mendapatkan buku yang diperlukan ialah apabila buku tersusun dalam satu sistem yang mudah dilaksanakan. Ada beberapa sistem yang boleh digunakan untuk menyusun koleksi buku.
   
  Untuk tujuan Perpustakaan Keluarga, sistem yang mudah sekali boleh digunakan ialah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.
  Sebelum sesebuah buku itu disusun di raknya mengikut pembahagian kelas (perkara), buku tersebut perlu dikatalog terlebih dahulu, yakni mendaftarkan butiran yang terdapat pada muka surat judul seperti nama pengarang, nama penerbit dan tarikh terbitnya. Setelah itu diberikan nombor kelas buku tersebut. Apabila selesai tugas tersebut barulah buku itu disusun di rak mengikut nombor kelasnya. Semua butiran tentang buku tadi boleh dicatatkan ke dalam buku ataupun kad.
 
(a)Buku
Buku yang sudah dikatalog dan dikelas bolehlah disusun di rak-rak buku. Susunan boleh dibuat mengikut nombor kelas bermula daripada nombor yang terkecil kepada nombor yang terbesar.
Sekiranya terdapat lebih daripada satu nashkah buku dalam kelas 102, buku-buku tersebut bolehlah disusun dengan lebih terperinci mengikut urutan nombor panggilan dalam susunan abjad.
(b)Majalah
Majalah-majalah yang hendak disimpan lama, boleh dijilid setelah cukup keluarannya bagi satu-satu tahun. Misalnya, majalah bulanan 12 keluaran. Anda juga boleh meyimpan majalah dalam fail yang boleh dibeli. Sebaik-baiknya belilah fail yang pengikatnya dibuat daripada plastik supaya majalah tidak rosak.
(c)Cakera Padat, VCD Dan DVD

Koleksi cakera padat, vcd dan dvd juga boleh dicatatkan butiran seperti tajuk dan peristiwa dan diberi nombor penerimaannya mengikut urutan 1, 2, 3 dan seterusnya. Kesemua bahan ini boleh disusun di almari atau rak mengikut urutan nombor tersebut. Mereka yang berkemampuan boleh membeli almari khas yang ada di pasaran.

 

5. Tanda Hak Milik
  Bagi mereka yang mempunyai koleksi buku sendiri, bolehlah memberikan tanda hak milik bagi tiap-tiap naskhah buku anda. Tanda hak milik ini boleh ditempat dalam berbagai-bagai bentuk. Ada yang bercetak dengan kata-kata seperti:
 
  • Perpustakaan Imran Ahmad, atau
  • Koleksi Suhana
  Di samping itu, terdapat juga tanda hak milik dalam bentuk pelekat yang boleh dilekatkan ke dalam tiap-tiap buku seperti:
 
  • Perpustakaan
  • Amir Hassan
  • 1.3.1991

 

6. Pengguna Perpustakaan
  Anda boleh menentukan sama ada Perpustakaan Keluarga anda dikhaskan untuk ahli-ahli keluarga sahaja ataupun dibuka kepada jiran atau kepada anak-anak kawan yang terapat sahaja. Sekiranya perpustakaan ini hanya untuk kegunaan keluarga anda sahaja, ada baiknya jika diberitahu peraturan yang dikenakan; seperti meletak semula buku di tempatyang diambil dan sebagainya. Cara ini akan melatih anak-anak berdisplin dan menghormati buku.
  Jika anda memberi kemudahan perpustakaan kepada kawan rapat serta anak-anakmereka, maka peraturan yang lebih terperinci boleh diadakan. Misalnya, anda boleh mengadakan buku pendaftaran nama-nama ahli, menetapkan waktu perpustakaan dibuka kepada mereka supaya tidak mengganggu waktu rehat keluarga dan peraturan pinjaman. Anda dan kawan-kawan boleh bergilir-gilir menguruskan perkhidmatan perpustakaan sama ada di rumah sendiri ataupun di rumah mereka. Anda boleh juga berpakat dengan dua atau tiga orang kawan untuk membeli buku-buku yang berlainan. Anda boleh bertukar-tukar buku untuk membacanya nanti.

 

7. Kegiatan Tambahan
  Untuk mendorong minat membaca, terutama sekali di kalangan anak-anak anda, berbagai-bagai kegiatan boleh diadakan. Sesi bercerita di mana ibu bapa atau anak bergilir-gilir membaca kuat kepada anggota keluarga boleh diadakan. Sesi mengarang kuiz, dan dialog sangat menarik jika diadakan di kalangan anggota keluarga.

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai perpustakaan keluarga, sila ajukan pertanyaan anda melalui emei kepada [email protected] atau hubungi 03-26874339.

 


  •  
  • Print
  • Email this page

Bilangan Pelawat
Hari IniHari Ini368
Bulan IniBulan Ini13033
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2251137
Total count : 2251137 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024