Borang Permohonan Menjadi Ahli SPP
Direktori Ahli SPP
Pengenalan | |||||||||||||
Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) telah dilancarkan pada 2 Jun 1988 yang merupakan lanjutan daripada perkhidmatan antara perpustakaan. Sistem ini membolehkan perkongsian bahan-bahan perpustakaan dilaksanakan di kalangan ahli SPP. Perpustakaan Negara Malaysia merupakan Pusat Penyelaras SPP. | |||||||||||||
Objektif | |||||||||||||
1. | Menyediakan perkhidmatan bekalan penerbitan dalam bentuk asal atau salinan untuk meningkatkan akses kepada maklumat bagi tujuan pengajian, pengajaran dan penyelidikan untuk pengguna di dalam dan luar negara. | ||||||||||||
2. | Menggalak dan memudahkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa dalam perkongsian sumber perpustakaan di kalangan perpustakaan. | ||||||||||||
Faedah Ahli SPP | |||||||||||||
1. | Memenuhi keperluan maklumat pengguna perpustakaan. | ||||||||||||
2. | Perkongsian sumber maklumat antara perpustakaan | ||||||||||||
3. | Akses kepada kepelbagaian sumber maklumat secara global | ||||||||||||
4. | Akses kepada data bibliografi dengan lebih baik | ||||||||||||
5. | Memenuhi permintaan terhadap bahan yang tiada dalam simpanan perpustakaan | ||||||||||||
Syarat Permohonan Keahlian SPP | |||||||||||||
1. | Institusi yang mempunyai perpustakaan atau pusat sumber. | ||||||||||||
2. | Institusi kerajaan atau bukan kerajaan yang sah dan berdaftar. | ||||||||||||
3. | Permohonan tidak dibuka kepada individu atau orang perseorangan. | ||||||||||||
4. | Pemohon hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh perpustakaan pembekal. | ||||||||||||
5. | Mempunyai pegawai yang bertanggungjawab menguruskan SPP. | ||||||||||||
6. | Melengkapkan butiran penuh permohonan iaitu: | ||||||||||||
|
|||||||||||||
Jumlah dan Tempoh Pinjaman | |||||||||||||
1. | 10 buah buku boleh dipinjam dalam satu masa. | ||||||||||||
2. | Tempoh pinjaman bagi semua bahan di PNM adalah sebulan. | ||||||||||||
3. | Pembaharuan pinjaman dibenarkan tidak melebihi sebulan. | ||||||||||||
4. | Jika bahan tersebut ditempah oleh pengguna/perpustakaan lain pembaharuan tidak dibenarkan. | ||||||||||||
Peraturan Pinjaman | |||||||||||||
Pemohon bertanggungjawab: | |||||||||||||
1. | 10 buah buku boleh dipinjam dalam satu masa. | ||||||||||||
2. | Memastikan kesemua bahan yang dipinjam berada dalam keadaan baik. | ||||||||||||
3. | Membayar kos pembaikan atau penggantian bahan perpustakaan yang hilang/rosak. | ||||||||||||
Bayaran | |||||||||||||
1. | Tiada bayaran dikenakan kepada pemohon. | ||||||||||||
2. | Pembayaran hanya dikenakan terhadap permintaan untuk mendapatkan salinan bahan. | ||||||||||||
3. | Denda dikenakan bagi bahan yang melebihi tempoh pinjaman atau hilang dengan merujuk Akta Perpustakaan Negara 1972, Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran dan Denda) (Pindaan) 2015. | ||||||||||||
Bahan-bahan yang boleh dipinjam | |||||||||||||
1. | Bahan bercetak seperti buku, seminar dan laporan. | ||||||||||||
2. | Manuskrip Melayu dalam bentuk mikrofom | ||||||||||||
Salinan fotokopi bahan-bahan asal yang tidak dapat dipinjam boleh dibekalkan atas permohonan, dengan syarat permohonan seperti ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Hakcipta 1987. | |||||||||||||
Bahan-bahan yang tidak boleh dipinjam | |||||||||||||
1. | Bahan cuma ada satu salinan. | ||||||||||||
2. | Bahan telah dihapuskira | ||||||||||||
3. | Bahan dalam sirkulasi. | ||||||||||||
4. | Bahan telah dihantar untuk dijilid/pembaikan. | ||||||||||||
5. | Bahan rujukan (kamus / ensiklopedia). | ||||||||||||
Cara memohon perkhidmatan SPP | |||||||||||||
1. | Permohonan hendaklah dibuat melalui perpustakaan/organisasi. | ||||||||||||
2. | Permohonan boleh dibuat melalui portal KIK, e-mel, borang, surat, telefon atau faks. | ||||||||||||
3. | Permohonan bahan-bahan yang tidak terdapat dalam negara boleh dikemukakan kepada Pusat Penyelaras yang bertanggungjawab menghantar permohonan tersebut ke luar negara. | ||||||||||||
4. | Semasa membuat permohonan SPP, butir-butir lengkap bibliografi hendaklah diisi seperti berikut: | ||||||||||||
|
|||||||||||||
5. | Hantarkan permohonan ke : | ||||||||||||
Perpustakaan Negara Malaysia, Aras 8, Menara PNM, Pusat Rujukan Malaysiana dan Luar Negara, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur. E-mel : spp@pnm.gov.my Telefon : 03-2687 1835/4241 Faks : 02-2692 7899 |
|||||||||||||
Waktu Perkhidmatan | |||||||||||||
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: Tutup |
Kemaskini pada 2016-12-20 10:53:58 daripada Vox Administrator