KOLEKSI AUDIO VISUAL DAN SUMBER ELEKTRONIK
Koleksi audio visual dan sumber elektronik merupakan bahan tidak bercetak dalam pelbagai bidang perkara dan format seperti kaset audio, kaset video, cakera padat data (CD-ROM), cakera audio, cakera video, cakera video digital dan kit yang diterbitkan di dalam dan di luar negara. Koleksi ini ditempatkan di Bahagian Sumber Elektronik, Aras 4, Blok Timur, Perpustakaan Negara Malaysia.
Simbol-simbol yang digunakan untuk koleksi-koleksi sumber media adalah seperti berikut:
|
KOLEKSI BUKU AUDIO TERBITAN PNM
Selaras dengan visi PNM sebagai peneraju pembangunan dan perkhidmatan perpustakaan di Malaysia bertaraf dunia menjelang tahun 2020, PNM menjadi perintis kemajuan industri buku di Malaysia bagi menghasilkan Buku Audio kandungan tempatan bagi memenuhi keperluan golongan OKU Penglihatan.
Buku yang diterbitkan ini dihasilkan dengan kerjasama antara PNM dengan agensi luar seperti McDonald, Bahagian Teknologi Pendidikan, MARA dan DBP. Kebenaran hakcipta telah diberikan oleh penulis dan penerbit kepada PNM untuk menukar format buku dari bercetak ke bentuk audio. Suara pembaca di dalam buku audio yang diterbitkan ini merupakan suara sukarelawan.
Untuk mengakses Buku Audio yang diterbitkan ini, pengguna boleh berkunjung ke Sudut Maklumat OKU, Anjung Bestari, PNM ataupun ke Perpustakaan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB). Buku yang diterbitkan ini telah disumbangkan kepada Perpustakaan MAB bagi memudahkan golongan OKU Penglihatan mendapatkan bahan berkenaan.
Projek Penerbitan Buku Audio ini telah dimulakan sejak tahun 1996 dan sehingga kini, PNM telah berjaya menerbitkan sebanyak lima puluh dua (52) judul. Berikut adalah senarai judul Buku Audio yang telah diterbitkan:
BIL | TAHUN | TAJUK BUKU | PENERBIT | BILANGAN | FORMAT |
1. | 1996 |
|
Golden Arches Restaurant Sdn. Bhd. (McDonald’s) & Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) | 10 Judul | Cakera Padat Audio (MCP/CP) |
2. | 2012 |
|
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) | 6 Judul | Cakera Padat Audio (MCP/CP) |
3. | 2013 | Tiada Peruntukan | - | - | - |
4. | 2014 |
|
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd | 6 Judul | Cakera Padat Audio (MCP/CP) |
5. | 2015 | Tiada Peruntukan | - | - | - |
6. | 2016. |
|
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) | 10 judul (5 judul buku dewasa & 5 judul buku kanak-kanak) | Cakera Padat Audio (MCP/CP) |
7. | 2017. |
|
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) | 10 judul (5 judul buku dewasa & 5 judul buku kanak-kanak) | Cakera Padat Audio (MCP/CP) |
8. | 2018. |
|
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) | 10 judul (5 judul buku dewasa & 5 judul buku kanak-kanak) | Cakera Padat Audio (MCP/CP) |
|
Jumlah | 52 judul |
Kemaskini pada 2019-03-13 11:06:21 daripada Administrator 2