Monograf bermaksud buku yang meliputi semua bidang perkara seperti Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains Jati, Teknologi, Sains Gunaan, Kesenian, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah.
Koleksi Monograf (Buku) Malaysiana
Koleksi Monograf Malaysiana ditempatkan di Aras 7 & 8, Menara PNM yang terdiri daripada bahan-bahan yang diterbitkan di dalam dan luar Malaysia secara keseluruhan atau sebahagian besar kandungannya adalah mengenai atau berhubung dengan Malaysia dan penduduknya, tidak terhad tempoh penerbitan atau bahasa yang digunakan. Simbol yang diguna untuk koleksi ini ialah M (Malaysiana), MR (Malaysiana Rujukan), MB (Brosur Malaysiana), f M (folio Malaysiana) dan ff M (double folio Malaysiana).
Koleksi Monograf Luar Negara
Koleksi Monograf Luar Negara merupakan terbitan seperti buku, direktori, kamus, ensaiklopedia, buku manual, atlas, almanak, tesaurus dan bahan kit multimedia. Koleksi ini terdiri daripada pelbagai subjek perkara umum dan ditempatkan di Aras 3 Tengah, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.
Kemaskini pada 2019-07-09 11:04:07 daripada Administrator 2