KOLEKSI NADIR

Definisi
Koleksi Nadir merupakan bahan yang diterbitkan sebelum tahun 1950an dan/atau sukar diperolehi, terbitan habis cetak atau tiada dalam pasaran lagi. Ia merupakan khazanah warisan ilmu yang memuatkan maklumat penting berkaitan sejarah awal sosio-budaya, ekonomi, bahasa, agama, kepercayaan, politik di Nusantara dan Tanah Melayu merangkumi Alam Melayu, Straits Settlements, Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu.
PNM telah membangunkan koleksi nadir pada tahun 1972. Pembangunan koleksi ini dilaksanakan berterusan melalui aktiviti pengesanan, perolehan, pendokumentasian, pemuliharaan, pemeliharaan dan promosi secara berterusan.
Rujukan & Penyelidikan
Koleksi Nadir boleh dirujuk di Ruang Perkhidmatan Aras 10, Menara PNM melalui permohonan menggunakan ‘Borang Permohonan Koleksi Khas’. Pencarian bahan boleh dilakukan menggunakan Sistem Pencarian Dalam Talian (OPAC) PNM di http://opac.pnm.gov.my.
Penyelidik yang ingin membuat penyelidikan mengenai koleksi nadir perlu menyediakan surat rasmi dari Jabatan/ Organisasi/ Insitusi dan menyerahkan salinan hasil penyelidikan kepada PNM.
Salinan digital
Koleksi nadir terpilih yang telah dibuat pendigitalan boleh diakses melalui repositori PNM di myrepositori.pnm.gov.my dan sumber elektronik PNM di www.u-pustaka.gov.my
![]() |
Dictionarivm Malaico – Latinvm & Latino Kamus ini adalah di antara kamus dwibahasa terawal yang memuatkan terjemahan Bahasa Melayu ke Bahasa Latin dan Bahasa Latin ke Bahasa Melayu. Penerbitan kamus ini tercetus daripada pengalaman orang-orang asing yang belayar ke wilayah nusantara sejak berabad-abad lalu. Buku ini adalah buku terawal yang terdapat di dalam koleksi nadir PNM. |
![]() |
A Grammar of the Malay tongue as spoken in the Peninsula of Malacca, the Islands of Sumatra, Java, Borneo, Pulo Pinang Tahun Terbit: 1880.
|
![]() |
Hikayat Merong Mahawangsa yakni
|
![]() |
Hikayat Abdullah Karya dalam tulisan Jawi yang mencerminkan sosio budaya masyarakat Melayu pada awal abad ke-19 hasil karangan Abdullah Abdul Kadir Munsyi iaitu bapa kesusasteraan Melayu moden.
|
![]() |
The Malay States Buku karya Philip C. Coote, siri Peeps at the Many lands merupakan karya berkaitan Tanah Melayu merangkumi sejarah awal, ekonomi, sastera, dan etnografi kepelbagaian kaum di Tanah Melayu. Turut disertakan illustrasi bewarna yang menggambarkan kecantikan dan keunikan Tanah Melayu yang dilukis oleh Dorothea A. H. Aldworth
|
![]() |
Soul of Malaya Karya Henri Fauconnier yang telah memenangi Hadiah Goncourt, setaraf Pulitzer. Pengarang pernah tinggal di Tanah Melayu pada 1905-1914 dan 1919-1925. Bertugas sebagai pengurus sebuah estet di Selangor pada tahun 1920-an dan dikenali sebagai pengasas tanaman kelapa sawit di Tanah Melayu.
|
![]() |
Sejarah Melayu or The Malay Annals Terjemahan bahasa Inggeris "Sejarah Melayu" oleh Dr John Leyden dengan pengenalan oleh Sir Thomas Stamford Raffles. Sejarah Melayu (atau Malay Annals) adalah karya sastera Melayu yang memfokuskan mengenai zaman Kesultanan Melayu Melaka.
|
Katalog Nadir
1) KATALOG NADIR & PERIBADI BERANOTASI 2006
2) KATALOG NADIR & PERIBADI BERANOTASI 2011
Poskad Nadir
Poskad 1 | Poskad 2 | Poskad 3 |
Poskad 4 | Poskad 5 | Poskad 6 |
Poskad 7 | Poskad 8 | Poskad 9 |
Poskad 10 | Poskad 11 | Poskad 12 |
Kemaskini pada 2019-07-11 11:27:11 daripada Administrator 2