Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata
FAQ
Soalan Lazim
seperator Hubungi Kami
Hubungi Kami
seperator FAQ
Aduan & Maklumbalas
seperator Hubungi Kami
Peta Laman

PERKHIDMATAN KEPADA PENERBIT

 

PEMBERIAN NOMBOR INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER (ISBN)

Apakah Itu ISBN?

International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN adalah satu nombor piawaian antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.

ISBN diperoleh daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982.

ISBN yang telah diberikan hendaklah dicetak di kulit belakang buku.

Contoh ISBN:

ISBN 978-983-99557-1-2
ISBN 978-967-5492-39-6
ISBN 978-967-491-068-6

Struktur ISBN

Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN dalam huruf tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian dan setiap bahagian dipisahkan dengan tanda sempang.

Bahagian-bahagian tersebut adalah:


Bahagian I : Kod Industri Buku

Bahagian ini mewakili kod industri buku yang digunakan pada peringkat antarabangsa.


Bahagian II : Identiti Kumpulan/Kod Negara

Bahagian ini memberi identiti mengikut negara, kawasan geografi atau kumpulan penerbit.

Malaysia mempunyai 2 identiti kumpulan/kod negara iaitu 983 dan 967.


Bahagian III : Identiti Penerbit

Bahagian ini memberi identiti atau pengenalan penerbit dalam sesebuah negara atau kumpulan.


Bahagian IV : Identiti Judul

 Bahagian ini mewakili bilangan judul yang diterbitkan oleh sesuatu penerbit.


Bahagian V : Angka Kawalan<

Angka Kawalan ini mengawal secara automatik ketepatan nombor ISBN oleh sistem ISBN dan mengesahkan pembinaan struktur nombor ISBN.

Penggunaan ISBN

 ISBN berasingan perlu diberi kepada:

  • Setiap judul yang diterbitkan, tetapi TIDAK bagi cetakan semula buku yang sama
  • Setiap Edisi Baru bagi judul yang telah atau pernah diterbitkan, misalnya edisi ke-2, edisi semakan, dan lain-lain.
  • Cetakan semula buku yang dikeluarkan oleh penerbit yang berlainan.
  • Buku-buku dalam berlainan format, misalnya edisi kulit keras dan edisi kulit nipis atau bercetak dan e-book.
  • Karya berbilang jilid (set), iaitu satu ISBN diberi kepada setiap jilid dan satu lagi ISBN diberi kepada seluruh set berkenaan sekiranya diperlukan.
  • Cetakan semula judul-judul yang pernah diterbitkan tanpa ISBN.
  • Penerbitan bersama. Satu ISBN diberikan kepada penerbit yang bertanggungjawab atas pengedaran.
  • Buku-buku yang diimport dari negara atau kawasan yang belum menyertai program ISBN.
  • Penerbitan helai cerai.
  • Bahan audio-visual pendidikan dan terbitan monograf dalam format tidak bercetak. Contoh: Bahan audio-visual untuk terbitan sekolah-sekolah atau institusi pengajian tinggi (CD-Rom, video, kaset dan lain-lain).

 

ISBN Tidak Boleh Diguna Semula

Nombor ISBN yang telah diperuntukkan TIDAK BOLEH diguna semula. Adalah menjadi tanggungjawab penerbit untuk memaklumkan kepada Pusat Kebangsaan ISBN sekiranya ISBN yang dipohon tidak digunakan atau terdapat sebarang perubahan pada judul.


Faedah-Faedah ISBN

  • Memudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Membantu mempromosi penerbit Malaysia  dalam "Global Register of Publishers" menerusi laman web Agensi ISBN Antarabangsa.
  • Memajukan penjualan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa
  • Butiran penting dalam deskripsi rekod bibliografik.
  • Pengawalan nombor bagi judul-judul yang telah diterbitkan.
  • Memperkukuhkan lagi hak milik bahan terbitan penerbit.

 

 

PEMBERIAN NOMBOR INTERNATIONAL STANDARD SERIAL NUMBER (ISSN)

 

Apakah Itu ISSN?
International Standard Serial Number (ISSN) atau lebih dikenali sebagai ISSN adalah Nombor Bersiri Piawai Antarabangsa yang unik bagi pengenalan sesebuah penerbitan berkala.
ISSN diperoleh daripada Agensi ISSN Antarabangsa yang berpusat di Paris, Perancis. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISSN mulai Jun 1976.

Contoh ISSN
ISSN 1823-7037
ISSN 2590-4329

Sistem Operasi ISSN
International Serials Data System atau ISDS adalah satu rangkaian antarabangsa bagi operasi dan pusat serantau yang secara bersama bertanggungjawab bagi pembentukan dan penyelenggaraan Pangkalan Data berkomputer yang mengandungi maklumat asas bagi pengesanan terbitan bersiri yang diterbitkan di seluruh dunia. Pusat Antarabangsa Pangkalan Data berkomputer ini mempunyai Pusat Serantaunya bagi Asia Tenggara di Bangkok, Thailand.
Pusat Kebangsaan yang ditubuhkan di setiap negara yang menyertai program ini adalah bertujuan untuk memantau, menggalakkan penggunaan dan menetapkan ISSN kepada setiap terbitan bersiri yang diterbitkan di negara berkenaan.

Siapa Menentukan ISSN Di Malaysia?

Penubuhan Pusat Kebangsaan ISSN bagi Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia adalah keputusan Kabinet yang dibuat pada Jun 1976. Pusat Kebangsaan ISSN ini adalah bertanggungjawab bagi menetapkan ISSN kepada terbitan-terbitan bersiri yang diterbitkan di Malaysia, menyediakan rekod ISSN dalam pangkalan data dan menghantar ke Pusat ISDS Antarabangsa dan Pusat Serantau ISDS-SEA, setiap suku tahun.

 

Apakah Faedah-Faedah ISSN?

  • Memudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Memajukan penjualan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Memudahkan akses kepada bahan terbitan bersiri.
  • Tambah nilai kepada pendaftaran penerbitan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa (contoh: MyJurnal, Google Scholar, Scopus).
  • Memperkukuhkan lagi hak milik bahan terbitan penerbit.

 

Bagaimana dan di mana ISSN Dicetak?

ISSN mengandungi dua (2) kumpulan empat (4) angka yang dipisahkan dengan tanda sengkang dan didahului dengan akronim ISSN (huruf besar). Contoh : ISSN 1394-3650
ISSN hendaklah dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut atas sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.

Apakah Terbitan Bersiri?

Penerbitan yang diterbitkan dalam format bercetak/dalam talian yang dikeluarkan secara berkala, mempunyai kekerapan serta judul yang konsisten serta bertujuan untuk diteruskan penerbitannya sehingga sesuatu masa seperti majalah, jurnal, dan lain-lain.

Pemberian ISSN

  • ISSN diberikan kepada terbitan bersiri yang baru diterbitkan dan terbitan bersiri yang telah diterbitkan sebelum ini tanpa ISSN.
  • ISSN hanya diperuntukkan bagi satu judul dan ia adalah khas untuk judul itu sahaja. Sekiranya judul itu bertukar atau ditambah, satu ISSN baru akan diberi bagi judul yang baru.
  • Apabila terbitan bersiri diterbitkan di dalam pelbagai bahasa dengan judul yang sama, setiap edisi akan diberi ISSN berbeza.
  • Juga, penerbitan yang sama tetapi diterbitkan di dalam pelbagai bahasa yang mana judulnya menggunakan judul pelbagai bahasa akan diberikan nombor ISSN yang berbeza.

 

 

PENYEDIAAN DATA PENGKATALOGAN DALAM PENERBITAN

Apakah Itu Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP)?
Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP) adalah data katalog yang disediakan secara percuma oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kepada penerbit-penerbit di Malaysia sebelum sesuatu terbitan diterbitkan.

Bagaimanakah PDP diberi?

Penerbit dikehendaki menghantar pruf galei atau salinan mukasurat judul dan bahan awalan (salinan mukasurat hakcipta, salinan muka isi surat kandungan, salinan kata pengantar/pendahuluan, abstrak/sinopsis buku yang akan diterbitkan) bersama-sama borang permohonan PDP.
PNM akan menggunakan maklumat-maklumat yang telah dilampirkan untuk menyediakan data katalog untuk setiap judul baru termasuk nombor pengkelasan dan tajuk perkara.
Data PDP akan dihantar kepada penerbit dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
Penerbit perlu mencetak data PDP yang telah diberikan di belakang mukasurat judul mengikut format yang diberi.

Bagaimana Maklumat PDP diedarkan?

Data PDP yang telah disediakan akan dihantar melalui e-mel kepada penerbit.

Apakah Faedah-faedah PDP?

  • Mewujudkan keseragaman standard pengkatalogan yang digunapakai oleh perpustakaan di Malaysia.
  • Membantu perpustakaan dan pusat maklumat dalam kerja-kerja pengkatalogan dan seterusnya mempercepatkan pemprosesan buku tersebut untuk rujukan pengguna.
  • Penjanaan statistik tajuk perkara (subjek) buku-buku terbitan di Malaysia.
  • Membantu perpustakaan dan pusat maklumat dalam proses pemilihan dan perolehan buku.
  • Nilai tambah kepada penerbitan buku.

Di Mana Data PDP Dicetak?

Data PDP hendaklah dicetak di belakang muka surat judul (di muka surat hakcipta).
Contoh PDP Dalam Buku

Perpustakaan Negara Malaysia                          Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan


Mohd. Asyraf Ismail
       TANGANI DAN KUASAI TEKANAN / Mohd Asyraf Ismail.
       (SIRI MOTIVASI MEMBINA KEJAYAAN)
       ISBN 978-967-382-132-7 (set)
       ISBN 978-967-382-133-4
       1. Motivation (Psychology).
       2. Achievement motivation.
       3. Stress management.
       4. Stress (Psychology).
       I. Judul.   II. Siri.
       158.1

Perpustakaan Negara Malaysia                                    Cataloguing-in-Publication Data

Yip, Carol
       Be Money Savvy : Spend Smart, Save Right and Enjoy Life / CAROL YIP.
       Mode of access: Internet
       eISBN 978-967-17977-2-3
       1. Credit cards.
       2. Consumer credit.
       3. Finance, Personal.
       4. Electronic books.
       I. Title.
       332.765

 

Muat Turun Borang

Kemaskini pada 2020-08-27 16:25:52 daripada Administrator 2

  •  
  • Print
  • Email this page