Sumber maklumat koleksi terbitan bersiri terdiri daripada bahan-bahan bercetak, bukan bercetak, elektronik dan dalam talian. Antara koleksi bahan yang terdapat di Koleksi Malaysiana adalah majalah, surat khabar, laporan tahunan, buku tahunan, buku panduan, jurnal, indeks, abstrak, statistik, warta kerajaan dan akta. Simbol yang digunakan untuk bahan-bahan dalam koleksi ini ialah MS, MSR, S dan SR.
Koleksi Terbitan Bersiri Luar Negara
Koleksi Terbitan Bersiri Luar Negara adalah terbitan secara berkala secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan dalam pelbagai bidang umum. Terdapat dalam koleksi ini adalah majalah, jurnal dan surat khabar. Simbol bagi koleksi terbitan bersiri luar negara ialah S, SR, Sf dan Sff. Lokasi koleksi ini ialah di Aras 4 Tengah, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.
(i)Majalah/Jurnal Luar Negara
Terdapat 36 judul majalah dan jurnal terbitan luar Negara bercetak yang dilanggan untuk bacaan pengguna di Perpustakaan Negara Malaysia. Majalah dan jurnal yang disediakan ini merangkumi pelbagai bidang perkara.
Pengguna juga boleh merujuk majalah mengikut bidang perkara secara dalam talian dengan menggunakan PressReader di Portal U-Pustaka. Terdapat 4028 judul majalah disediakan untuk bacaan pengguna.
(ii)Surat Khabar Luar Negara
Pengguna juga boleh mendapatkan lebih banyak maklumat semasa dengan membaca surat khabar seluruh dunia dengan melayari Press Reader yang terdapat dalam Portal U-Pustaka di https://www-pressreader-com.eresources.u-library.gov.my:2443/catalog/newspapers. Terdapat 2418 judul surat khabar yang boleh dibaca di PressReader. Antara judul surat khabar tersebut ialah The Australian, The Nation, The Washington Times, Washington Post, The Independent, The New York Review, The Financial Times, Kompas, The Jakarta Post, The Daily Telegraph, Chicago Tribune, The Herald, dan Calgary Herald.
Kemaskini pada 2019-07-11 12:25:54 daripada Administrator 2