PNM Menawarkan Perkhidmatan Khas Kepada Golongan OKU Di Sudut Maklumat OKU,Aras 6, Menara PNM yang dibuka kepada orang ramai seperti berikut:
 |
WAKTU OPERASI
- Selasa hingga Sabtu :10.00 Pagi - 5.00 petang
- Ahad,cuti umum :Tutup
- Perkhidmatan dibuka secara temu janji dan ‘walk-in’
- Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai kami:Mohd Ikhmil Firdausz Bin Mohd Hanif /Mohd Ariff Bin Mahmood (03-2687 1895/ 1729)
|
|
KOLEKSI
Bahan bacaan dan maklumat yang disediakan di sini terdiri daripada bahan:
- Bercetak dalam tulisan besar.
- Buku braille.
- Kad pembelajaran OKU.
- Alatan permainan OKU.
- Buku audio (terbitan PNM dan terbitan luar negara) & pangkalan data mesra OKU seperti Overdrive , EbscoHost dan Press Reader.
|
 |
KEMUDAHAN
- 2 buah komputer multimedia yang dilengkapi dengan internet disediakan kepada pengguna.
- Pengangkutan percuma disediakan dari persatuaan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) ke premis PNM pada setiap hari perkhidmatan.
- Pengguna perlu membuat tempahan awal lima hari bekerja sebelum menggunakan perkhidmatan ini.
|
Kemaskini pada 2023-08-18 09:56:43 daripada Administrator 2