Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

search

Carian

faq-img

Soalan Lazim

maklumbalas

Hubungi Kami

faq-img

Aduan & Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

BM    EN

w3c

W3C

logo-jata
Laman Sesawang

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

image

faq-img

Warga

maklumbalas

Penerbit

maklumbalas

Awam

Soalan Lazim

Soalan Lazim
 

Berapakah kadar bayaran bagi pendaftaran keahlian?

Pendaftaran keahlian Perpustakaan Negara Malaysia adalah PERCUMA. ID pembaca adalah NOMBOR KAD PENGENALAN pengguna perpustakaan. Walau bagaimanapun, bayaran sebanyak RM5.00 dikekalkan bagi setiap gantian kad keahlian yang rosak atau hilang.

Adakah salinan sijil kelahiran diperlukan bagi pendaftaran keahlian kanak-kanak?

Salinan sijil kelahiran diperlukan bagi pendaftaran keahlian kanak-kanak.

Adakah kad pengenalan diperlukan semasa memohon gantian kad keahlian?

Walaupun data pengguna telah ada dalam rekod, Perpustakaan Negara Malaysia masih memerlukan dokumen tersebut untuk tujuan pengesahan.

Adakah penerbitan CD-ROM memerlukan nombor ISBN/ISSN?

CD-ROM yang berbentuk pendidikan perlu memohon nombor ISBN. CD-ROM yang disertakan bersama-sama buku, tidak perlu memohon ISBN. ISBN hanya diberi kepada buku tersebut.

Apakah surat khabar terkini yang terdapat dalam koleksi rujukan PNM?

Semua surat khabar terpilih termasuk yang diterbitkan di Sabah dan Sarawak terdapat dalam koleksi rujukan Perpustakaan Negara Malaysia. Surat khabar terkini yang disediakan untuk rujukan pengunjung terletak di Aras 2, Blok Timur. Terdapat 17 tajuk surat khabar yang boleh dibaca oleh pengguna, iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Kosmo, The Star, New Straits Time, The Sun, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Daily, China Press, Guang Ming Daily, Sinar Harian, Oriental Daily, Tamil Nanban, Tamil Nesan, Malay Mail dan Makkal Osai. Di samping itu, kami juga menyediakan perkhidmatan NSTP e-Media mulai tahun 1991 hingga terkini.

Mengapakah bahan koleksi rujukan tidak boleh dipinjam?

Bahan-bahan koleksi rujukan tidak terdapat di bahagian pinjaman kerana bahan tersebut lebih berbentuk akademik dan sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan, manakala buku/bahan di bahagian pinjaman adalah lebih berbentuk bahan bacaan ringan

Apakah keistimewaan yang diperoleh menerusi keahlian keluarga?

Pembaca/pengguna yang mendaftar menerusi keahlian keluarga boleh meminjam bahan/buku bagi pihak ahli keluarga yang lain tanpa kehadiran ahli keluarga tersebut

Apakah faedah menjadi ahli Perpustakaan Negara Malaysia?

Bagi pengguna yang mendaftar sebagai ahli Perpustakaan Negara Malaysia akan memperoleh kelebihan  seperti yang berikut: 
i. Meminjam buku sebanyak ENAM (6) buah selama EMPAT (4) minggu dan boleh memperbaharui pinjaman selama EMPAT (4) minggu lagi. 
ii. Menyertai aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. 
iii. Menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia seperti bilik karel, perkhidmatan fotokopi, internet dan sebagainya.

AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986 (AKTA 331)

1. Apakah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331)?
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) adalah undang-undang penyerahan atau “Legal Deposit” yang mewajibkan penerbit menyerahkan bahan yang diterbitkan dalam Negara kepada Perpustakaan Negara Malaysia melalui Pusat Penyerahan Terbitan Negara.

2. Apakah jenis terbitan yang WAJIB diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berdasarkan kepada Akta 331?
Semua jenis terbitan samada bercetak atau tidak bercetak yang diterbitkan di Malaysia dan diedarkan secara jualan atau percuma, termasuk bahan-bahan terbitan seperti Buku, Majalah, Laporan Tahunan, Suratkhabar, Kertas Persidangan, Peta, Poster/Carta, VCD, CD, e-buku dan sebagainya.

3.  Bilakah saya perlu menyerahkan terbitan baharu saya?
Setiap terbitan bercetak perlu dihantar selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh terbitan. Manakala, bagi terbitan tidak bercetak perlu dihantar selewat-lewatnya setahun selepas tarikh terbitan.

4. Berapakah bilangan naskhah yang perlu diserahkan?
Lima (5) naskhah bagi setiap judul terbitan bercetak; dan dua (2) unit bagi setiap judul terbitan tidak bercetak. Pengagihan penempatan naskhah untuk terbitan bercetak adalah seperti berikut: Lima (5) naskhah (satu (1) simpanan kekal Koleksi Negara; satu (1) simpanan pendua Koleksi Negara; tiga (3) rujukan pengguna di PNM). Manakala, bagi terbitan tidak bercetak akan diagihkan satu (1) unit simpanan kekal Koleksi Negara dan satu (1) unit rujukan pengguna di PNM.

5.Adakah saya perlu menyerahkan terbitan edisi baharu dan cetakan semula?
Ya, penerbit perlu menyerahkan terbitan edisi baharu (kemaskini) dan tidak perlu menyerahkan terbitan cetakan semula yang mana terbitan asal telah
diserahkan.

6.  Adakah terbitan kerajaan tertakluk kepada Akta 331?
Ya, Akta 331 terpakai untuk semua penerbit di Malaysia tidak kira penerbit individu,   penerbit  swasta,penerbit kerajaan,penerbit persatuan dan sebagainya.

7. Adakah setiap terbitan yang hendak diserahkan memerlukan nombor ISBN atau ISSN?
Tidak. Semua terbitan samada diterbitkan menggunakan ISBN/ISSN atau tidak, perlu dan WAJIB diserahkan kepada PNM di bawah Akta 331.

8. Bilakah terbitan saya boleh diakses?
Terbitan akan mengambil masa lapan (8) bulan setengah untuk dikatalog dan diproses. Anda akan dapat melihat rekod katalog terbitan anda di Web OPAC Portal PNM. Bahan ini hanyalah untuk rujukan di PNM sahaja dan tidak boleh dipinjam.

9. Adakah saya akan mendapat pengakuan apabila saya menyerahkan terbitan saya?
Ya, anda akan menerima sepucuk akuan penerimaan dalam tempoh masa satu (1) hingga tiga (3) bulan selepas penyerahan bahan terbitan. Sila hubungi kami sekiranya anda masih tidak menerima sebarang akuan penerimaan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas penyerahan terbitan.

Apa itu u-Pustaka?

u-Pustaka  merupakan salah satu inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyediakan akses dalam talian kepada pelbagai sumber ilmu pengetahuan untuk seluruh lapisan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi. Aplikasi dalam talian ini memudahkan ahli u-Pustaka boleh meminjam sebanyak tiga (3) buah buku selama 30 hari dari mana-mana perpustakaan konsortium. Pengguna boleh datang sendiri ke perpustakaan atau menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk penghantaran buku ke alamat yang dinyatakan. Caj penghantaran tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh Pos Laju.

Bagaimanakah cara untuk pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia?

 

  • Dari Pasar Seni (Central Market) dan Keramat menaiki Bas RapidKL 220 ke Kg. Baru.
  • Dari Titiwangsa (Terminal Bas Pekeliling) dan KLCC ke PNM  menaiki bas RapidKL 402.
  • Bas GOKL laluan Jingga, Hub Titiwangsa hingga ke MINDEF
  • Menaik Bas RapidKL 402 ke Institut Jantung Negara (IJN). Naik jejantas menghala ke Perpustakaan Negara Malaysia.
  • Menggunakan perkhidmatan eHailing seperti Grab. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di Playstore (Android) atau Apps Store (Apple)

 


  •  
  • Print
  • Email this page

Bilangan Pelawat
Hari IniHari Ini465
Bulan IniBulan Ini13130
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2251217
Total count : 2251217 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024