Skop Pelaksanaan SPK MS ISO 9001:2015
“Perkhidmatan perpustakaan melalui pembinaan, pendokumentasian dan ketersediaan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan untuk penggunaan masyarakat masa kini dan akan datang.”
Pelaksanaan SPK melibatkan perancangan dan pengurusan sumber secara berkesan bagi menyediakan perkhidmatan berdasarkan aktiviti perpustakaan iaitu:
i. rujukan dan pinjaman kepada pengguna perpustakaan melalui aktiviti perolehan bahan perpustakaan (penguatkuasaan akta, pembelian dan hadiah/pertukaran);
ii. pendaftaran, pengkatalogan dan pengindeksan;
iii.penyenggaraan dan pemeliharaan bahan-bahan berkenaan untuk kegunaan pengguna;
iv.pengurusan program galakan membaca;
v. khidmat nasihat dan perundingan; dan
vi.aktiviti publisiti.
Kemaskini pada 2018-08-24 09:04:54 daripada Vox Administrator