ATUR CARA PROGRAM KARNIVAL INTELEKTUAL@PNM 2019 | ||
8.30 pagi | : | Pendaftaran peserta |
10.00 pagi | : | Ketibaan tetamu |
10.20 pagi | : | Ketibaan Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia |
10.25 pagi | : | Ketibaan YBhg Datuk Dr. Zurinah Hassan Sasterawan Negara Ke-13 |
10.30 pagi | : | Nyanyian Negaraku |
Bacaan Doa | ||
Kalam Karyawan YBhg Datuk. Dr. Zurinah Hassan Sasterawan Negara ke-13 |
||
12.30 tengah hari | : | Sesi Soal Jawab |
1.00 tengah hari | : | Rehat / Jamuan makan tengah hari |
2.00 petang | : | Ketibaan tetamu jemputan |
2.10 petang | : | Bicara Intelektual YBrs. Dr. Noorazman Mohd Samsuddin Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA |
4.30 petang | : | Minum petang |
Bersurai |
PROFIL PEMBICARA
i. Segmen Pagi: Kalam Karyawan
Pembicara | : | YBhg. SN Datuk Dr. Zurinah Hassan |
Tajuk bicara | : | Menelusuri Karya Sasterawan Negara |
Moderator | : | Encik Ali bin Rashid |
Masa | : | 10.30 pagi – 12.30 tengah hari |
Tempat | : | Auditorium, Aras 2, Anjung Bestari PNM |
YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan merupakan wanita pertama menerima Anugerah Sasterawan Negara Ke-13 pada tahun 2015. Beliau merupakan insan yang banyak memberi sumbangan terhadap pengembangan ilmu dalam bidang sastera di dalam dan luar negara.
Beliau mula dikenali dengan sajak "Sesayup Jalan" yang dihasilkan pada tahun 1974. Pada tahun 2003 beliau menghasilkan “Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi” dan terus mengembangkan bakatnya dengan menulis cerpen, novel dan puisi sehingga terhasilnya kumpulan puisi "Menghadap ke Pelabuhan” atau “Facing the Harbour" pada tahun 2010 terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Di antara hasil tulisan ilmiah beliau ialah mengenai Sasterawan Negara Usman Awang (1990). Banyak buku antologi sajak, puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel telah diterbitkan sejak tahun 1963. Beberapa karya puisi dan sajak beliau juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun, Perancis, Sepanyol dan Rusia.
Selain kejayaan beliau di dalam dunia sastera, beliau pernah menerima Anugerah Puisi Putera (1984), Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) (2004), Anugerah Puisi Negara-Negara ASEAN (Sunthorn Phu Poet Laureate) (2013) serta Hadiah Sastera Perdana.
ii. Segmen Petang : Bicara Intelektual
Pembicara | : | YBrs. Dr. Noorazman Mohd Samsuddin Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan MyAQSA |
Tajuk bicara | : | Masyarakat Berakhlak Pemangkin Negara |
Moderator | : | Puan Fatimah Abdul Hai |
Masa | : | 2.00 petang – 4.30 petang |
Tempat | : | Auditorium, Aras 2, Anjung Bestari PNM |
Dr. Noorazman Mohd Samsuddin merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA dan juga pengasas serta pengerusi Life Line for GAZA (LLG4), Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang pengurusan pembangunan manusia di kawasan bencana alam dan kawasan konflik serta berpengalaman secara teori dan praktik dalam menghadapi pengurusan kecemasan dan krisis (Emergency and Crisis Management).
Selain aktivis yang aktif, beliau juga menulis buku yang berjudul “69 Jam di Negara Zionis” terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Selain itu, beliau pernah menjadi penerbit dokumentari TV yang berjudul “Neraka Zionis” untuk program Al-Hijrah. Seorang aktivis yang aktif dalam Misi Kemanusiaan Tsunami di Aceh, Misi Kemanusiaan Gempa Bumi di Pakistan, Yogjakarta, Aceh dan Padang, Misi Kemanusiaan Kem Pelarian di Syria, Gaza Palestin, Mesir dan sempadan Iraq, Konvoi Kemanusiaan jalan darat serta Flotila Laut ke Gaza, Palestin. Manakala di Malaysia beliau terlibat dalam Misi Kemanusiaan banjir di Pahang dan Johor, Misi Kemanusiaan tanah runtuh Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur serta Program Pembangunan Sosio-Ekonomi dan Pendidikan Etnik Minoriti dan Terpinggir, Pala’uh, Sabah Timur.
Sumbangan dan jasa beliau telah mendapat perhatian pemimpin negara dan mendapat pengiktirafan dunia. Antara anugerah yang diperoleh oleh beliau ialah Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Negeri Selangor (1431H), Anugerah Tokoh Profesional Ansara (2010), Tokoh Kepimpinan Masyarakat di Troy, New York (1997) dan pelbagai lagi.