Cadangan Aktiviti
Cadangan Bengkel/Latihan Untuk Mentor
|
Bengkel Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar: Latihan untuk Jurulatih
|
---|
Bengkel ini merupakan satu pendedahan kepada mentor Kelab Membaca Sinar Pintar .Mereka akan diberi kan latihan serta kemahiran untuk mengendalikan Kelab serta mempraktikkan apa yang dipelajari dan melatih ahli kelab masing-masing. Peserta bengkel terdiri daripada 86 orang dan bengkel ini akan dikendalikan oleh En. Uthaya Sankar SB. Bengkel ini akan diadakan selama 1 hari dan bengkel ini akan dijalankan melalui kaedah ceramah, aktiviti berkumpulan serta sesi soal jawab.
|
Bengkel Baca Cerpen Kanak-kanak
|
Bengkel ini merupakan salah satu cadangan mendedahkan mentor kepada cara membaca cerpen pendek yang lebih disasarkan kepada kanak-kanak. Mentor juga akan didedahkan dengan teknik membaca teks cerpen di atas pentas supaya ahli Kelab Membaca Sinar Pintar mereka dapat mengambil bahagian dalam aktiviti membaca cerpen. Pendedahan diberikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
|
Bengkel Sastera Kanak-kanak
|
Mentor juga akan didedahkan dengan penghayatan Sastera Kanak-Kanak agar mentor dapat menjalankan aktiviti ini kepada ahli kelab terutama kanak-kanak. Mentor akan didedahkan dengan cara-cara penghayatan puisi dan cerpen serta latihan membaca puisi syair, sajak, pantun dan sebagainya.
|
Bengkel Penulisan Makalah
|
Penulisan makalah merupakan salah satu bengkel yang akan diadakan untuk mentor. Mentor akan diberi kanpendedahan tentang cara-cara menulis makalah dengan mengajar teknik penulisan yang betul. Mentor kemudiannya akan menjalankan aktiviti ini kepada ahli kelab masing-masing.
|
Kunjungan Perpaduan
|
Kunjungan Perpaduan Kelab Sinar Pintar ialah salah satu aktiviti yang akan didedahkan kepada mentor. Mentor akan dilatih cara untuk menjalankan aktiviti yang akan melibatkan masyarakat setempat. Aktiviti ini sesuai untuk semua sasaran bermula daripada remaja, belia hingga dewasa. Mentor akan mengadakan aktiviti ini ditempat masing-masing.
|
Bengkel Kumpulan Bercerita Kelab Sinar Pintar
|
Pendedahan kepada mentor untuk menubuhkan kumpulan bercerita Kelab Membaca Sinar Pintar merupakan salah satu pendekatan yang akan dijalankan. Mentor akan dilatih untuk menjalankan aktiviti bercerita dengan menggunakan buku, lakonan, vokal dan menyanyi. Selain itu, mentor juga akan diberikan pendedahan untuk membuat boneka, props dan pentas untuk persembahan boneka. Cara pemilihan bahan untuk sesi bercerita juga akan diajar.
|