- Bengkel Penghayatan MS ISO 9001:2000
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Quality Expert Sdn. Bhd. dan telah diadakan pada 8 - 11 Mac 2006 di Bilik Syarahan, Perpustakaan Negara Malaysia - Kursus Audit Dalaman
Kursus Audit Dalaman anjuran SIRIM Berhad telah diadakan pada 16 - 18 Mei 2006 di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort, Terengganu. - Bengkel Semakan dan Pemurnian Dokumen SPK MS ISO 9001:2000
Bengkel ini diadakan pada 2 - 5 Julai 2006 bertujuan menyemak semula dokumen SPK sedia ada. - Taklimat Pelaksanaan Sistem Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2000
Taklimat diadakan pada 12 Julai 2006 di Auditorium PNM. - Pra-Audit Dalaman
Pra-Audit Dalaman Jabatan diadakan pada 9 - 11 Ogos 2006. - Pengauditan Dalaman
Seramai 23 Juruaudit Dalaman yang diketuai oleh Cik Hajah Nafisah Ahmad telah menjalankan auditan terhadap Dokumen Kualiti dari 17 - 18 Oktober 2006. - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)
Mesyuarat ini diadakan pada 30 November 2006 bagi membincang, mengenal pasti serta menentukan tindakan penambahbaikan dan pembetulan bagi mencegah ketidakpatuhan yang dilaporkan oleh Ketua Sistem Audit, pemilik proses dan Wakil Pengurusan. - Audit Pemantauan MS ISO 9001:2000
Audit Pemantauan MS ISO 9001:2000 diadakan pada 12 - 13 Disember 2006 dengan merujuk kepada peluasan skop yang baru.
Pasukan audit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Puan Mariam Mohamed Zain. Beliau telah dibantu oleh Encik Ata Abdul Muniem juga daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Sebanyak 1 Non-Conformity Reports (NCR) dan 18 pemerhatian telah dikenal pasti.