Katalog Koleksi Nadir dan Peribadi, Perpustakaan Negara Malaysia
![]() muka depan |
![]() muka belakang |
|
Katalog ini bertujuan untuk mempromosikan Koleksi Nadir dan Peribadi yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia di samping menggalakkan penggunaan bahan berkenaan. Katalog ini mengandungi bahan-bahan yang dipamerkan dalam Pameran Koleksi Nadir dan Peribadi yang telah berlangsung pada 4 Julai hingga 15 Ogos 2005 di Perpustakaan Negara Malaysia. Ia dikategorikan sebagai katalog koleksi terpilih kerana sebahagian sahaja dari koleksi ini yang dipamerkan dan diterbitkan dalam bentuk katalog. Koleksi Nadir Malaysiana merupakan bahan yang amat sukar diperolehi atau habis cetak dan tiada lagi dalam pasaran. Koleksi Nadir Perpustakaan Negara Malaysia merangkumi bidang seperti sejarah, pendidikan, undang-undang, kesusasteraan dan kebudayaan. Manakala Koleksi Peribadi pula merujuk kepada koleksi yang dimiliki oleh seseorang tokoh/individu atau merupakan hasil kerja seseorang tokoh dan juga koleksi yang menjadi rujukan peribadi mereka.
|
||
Muka surat
|
:
|
200 muka surat |
Tahun terbit
|
:
|
2006 |
Harga senaskhah
|
:
|
RM40.00 |
No. ISBN
|
:
|
967-931-178-3 |
![]() |
Tempah |
Kemaskini pada 2015-11-23 12:13:07 daripada Administrator