Tahun 2000 - Kini
2000
Penganugerahan Sijil MS ISO 9002/1994.
2001
Persaraan Ketua Pengarah, Cik Shahar Banun Jaafar dan digantikan oleh Puan Zawiyah Baba, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah baru Perpustakaan Negara Malaysia mulai Disember 2001.
Hikayat Hang Tuah disenaraikan dalam UNESCO The World Register Memory of the World.
2002
Penstrukturan semula Perpustakaan Negara Malaysia telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pelancaran Kempen Bulan Membaca oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di PWTC, Kuala Lumpur.
2005
Persaraan Ketua Pengarah, Dato' Zawiyah bt Baba dan digantikan oleh Dr. Hj. Wan Ali Wan Mamat, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah baru bagi Perpustakaan Negara Malaysia mulai April 2005.
2006
Persaraan Ketua Pengarah, Dr. Hj. Wan Ali Wan Mamat dan digantikan oleh Puan Siti Zakiah bt Aman, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah baru Perpustakaan Negara Malaysia mulai September 2006.
2008
Persaraan Ketua Pengarah, Puan Siti Zakiah bt Aman dan digantikan oleh Encik Raslin bin Abu Bakar, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia mulai Januari 2008.
2014
Persaraan Ketua Pengarah, Dato` Raslin bin Abu Bakar dan digantikan oleh Hajah Nafisah Binti Ahmad, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia mulai 1 Oktober 2014