Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata
FAQ
Soalan Lazim
seperator Hubungi Kami
Hubungi Kami
seperator FAQ
Aduan & Maklumbalas
seperator Hubungi Kami
Peta Laman

Bangunan PNM


Bangunan PNM
 

  • Perkhidmatan Perpustakaan Negara bermula pada tahun 1966 di Bangunan Persekutuan, Petaling Jaya, Selangor dan sebumbung dengan Arkib Negara Malaysia ketika itu.
  • Awal tahun 1970, Perpustakaan Negara Malaysia telah berpindah ke sebuah Bangunan Kerajaan di Jalan Venning (sekarang Jalan Perdana).
  • Pada tahun 1972, beberapa bahagian telah berpindah ke Tingkat 6 & 7 Bangunan UMBC, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur. Pada tahun ini juga Bahagian Rujukan telah dibuka kepada orang ramai.
  • Perpustakaan Negara Malaysia telah menjadi sebuah Jabatan Persekutuan pada tahun 1977 dan telah berpindah ke Tingkat Bawah, 6 & 7 Bangunan MABA, Jalan Davidson, Kuala Lumpur.
  • Pada Disember 1975, Perpustakaan Negara Malaysia telah menduduki Tingkat 1, 2, dan 3 Wisma Sachdev/Thakurdas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
  • Pada tahun 1982, beberapa bahagian telah dipindahkan ke Tingkat Bawah, 1, 2 dan 3 Wisma SYS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
  • Perpustakaan Negara Malaysia telah menyewa Blok 2B, Lot 2984, Jalan Segambut, Kuala Lumpur pada tahun 1985.
  • Pada tahun 1987 pula, Perpustakaan Negara Malaysia telah memindahkan beberapa bahagian ke Tingkat Bawah, Kompleks Bukit Naga, Exchange Square, Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
  • Pada tahun 1992, Bangunan baharu PNM di Jalan Tun Razak siap dibina dan perkhidmatan PNM di bangunan baharu mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1993.
  • Pada tahun 2003, PNM menyewa ruang pejabat di Bangunan TH Selborn, Jalan Tun Razak.
  • Bahagian Pinjaman berpindah dari Bangunan PNM (Anjung Bestari)  ke Bangunan Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada tahun 2006.
  • Bangunan tambahan baharu iaitu Menara PNM telah siap dibina dan mula diduduki pada tahun 2010.

Kemaskini pada 2022-09-21 14:46:48 daripada Administrator 2

  •  
  • Print
  • Email this page