Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata
FAQ
Soalan Lazim
seperator Hubungi Kami
Hubungi Kami
seperator FAQ
Aduan & Maklumbalas
seperator Hubungi Kami
Peta Laman

SCOM

Hubungan dan kerjasama yang terjalin antara Persatuan Pustakawan Malaysia dengan Persatuan Perpustakaan Singapura (Library Association of Singapore) telah berjaya mewujudkan Sub-Commitee On Microforms (SCOM) pada bulan Mei 1968.

Walau bagaimanapun, pihak SCOM Singapura telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan keanggotaan dalam SCOM apabila beberapa projek telah dilaksanakan dan disempurnakan bersama-sama dengan Persatuan Pustakawan Malaysia. Oleh itu, mulai tahun 1980, SCOM di Malaysia telah wujud sebagai sebuah Jawatankuasa Kecil Mengenai Bahan Mikro di bawah Joint Standing Commitee On Bibliographic Services and Library Cooperation (BILCO).

Misi SCOM adalah mempertingkatkan pemuliharaan sumber warisan ilmu negara melalui penukaran format mengikut standard yang diiktiraf selaras dengan teknologi terkini. SCOM melaksanakan aktivitinya berdasarkan bidang tugas seperti yang berikut:

  • Menetapkan standard pemikrofileman dalam negara
  • Menyediakan panduan untuk aktiviti pemikrofileman dan mikrografik.
  • Menyebarkan maklumat mengenai mikrografik dan media baru kepada semua pihak.
  • Menjalin hubungan dan kerjasama dengan institusi dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti pemikrofileman pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mengkaji kaedah baru dalam teknologi penukaran format sumber maklumat.
  • Mengenal pasti permasalahan yang berkaitan dengan sumber mikro dan teknologi penukaran format sumber maklumat terkini.

 

SCOM telah menyediakan beberapa aktiviti bagi faedah ahli-ahlinya:

  • Konsortium Pemuliharaan
    Memperkukuh konsortium untuk menjalankan usaha pemuliharaan sumber maklumat tempatan secara usaha sama daripada bentuk cetak kepada format mikrofom.
  • Aktiviti
    Menjalankan projek pemikrofileman majalah dan surat khabar tempatan. Pembahagian judul dilakukan secara kesesuaian bersama untuk mengelakkan pertindihan.
    Mengemas kini dan menilai semula aktiviti konsortium dalam memastikan sumber maklumat dipulihara mengikut kemampuan institusi.
  • Pendidikan dan Latihan
    Membantu mengenal pasti kaedah latihan yang berkesan mengenai mikrografik kepada semua peringkat kakitangan. Ini meliputi peringkat pengenalan/asas dan lanjutan latihan dalam aspek pemuliharaan dan teknikal untuk mewujudkan tenaga pakar yang mahir dalam bidang berkaitan.
  • Program Promosi
    Membantu mempromosikan aktiviti berkaitan dengan pemikrofilem atau penukaran format menggunakan teknologi terkini melalui pelbagai media serta mewujudkan pangkalan data Senarai Induk Mikrofom untuk rujukan dan makluman semua perpustakaan/institusi.

 

Urus Setia SCOM ialah Perpustakaan Negara Malaysia dan ahli terdiri daripada institusi berikut:

  • Perpustakaan Negara Malaysia
  • Arkib Negara Malaysia
  • Arkib Negeri Sabah
  • Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Muzium Sarawak
  • Perpustakaan UKM
  • Perpustakaan UM
  • Perpustakaan USM
  • Perpustakaan UTM
  • Perpustakaan UUM

Kemaskini pada 2016-12-14 14:07:32 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page