Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

search

Carian

faq-img

Soalan Lazim

maklumbalas

Hubungi Kami

faq-img

Aduan & Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

BM    EN

w3c

W3C

logo-jata
Laman Sesawang

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

image

faq-img

Warga

maklumbalas

Penerbit

maklumbalas

Awam

Reka Bentuk Bangunan PNM

BANGUNAN ANJUNG BESTARI

Reka Bentuk Bangunan PNM

Projek Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia telah mula dibayangkan pada tahun 1970. Dalam tahun 1978 satu tapak yang sesuai telah dikenal pasti untuk Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia iaitu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur seluas 2.2 hektar.

Pada tahun 1979 Kerajaan telah melantik satu pasukan jururunding swasta untuk menjalankan Projek Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia seperti berikut :

  • Kumpulan Arkitek (Arkitek dan Juruhias Dalaman)
  • Baharuddin Ali & Low Sdn. Bhd. (Jurukur Bahan)
  • Perunding Bersatu (Jurutera Awam dan Struktur)
  • Zainuddin Radzi dan Rakan-Rakan (Jurutera Elektrik dan Mekanikal)
  • KA Interior Graphic (KAIG)/Majidah Design Sdn. Bhd. (dilantik pada tahun 1992). (Juruhias Dalaman)

Dalam tahun 1982, konsep reka bentuk pelan lakaran pelukis bangunan telah diluluskan oleh Kerajaan.

Konsep Reka Bentuk

Bangunan Perpustakaan Negara mencerminkan identiti Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu yang melambangkan budaya Melayu.

Gabungan tiga bumbung yang berbentuk tengkolok bercantum di halaman 'Taman Ilmu' bagi melambangkan perpaduan masyarakat dan tiga matlamat utama Perpustakaan Negara. Susunan ubin bercorak songket berwarna biru untuk bumbung diilhamkan daripada warisan yang kaya.

Konsep 'minda' mempengaruhi reka bentuk seni bina dalaman. Suasana ruang terbuka luas menggalakkan pengguna melangkah masuk ke setiap ruang perpustakaan. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. 'Skylight' yang terdapat di puncak bumbung mengilhamkan pencapaian ilmu yang luas. Ruang menegak yang luas terbentuk diantara lima tiang atrium.

Beberapa aras yang menempatkan pelbagai bahagian dan kemudahan perpustakaan dihubungkan dengan tangga yang menarik.

Setiap aras tersusun kemas, menempatkan rangkaian perkhidmatan, koleksi dan maklumat di perpustakaan. Reka bentuk bangunan ini juga mengambil kira kemudahan untuk orang cacat.

Keluasan ruang lantai bangunan seluas 22,073 meter persegi mampu menampung :

  • 1 juta bahan perpustakaan
  • 1,000 tempat duduk pembaca
  • Auditorium untuk 367 orang
  • Teater kanak-kanak untuk 150 orang
  • Dewan Pameran seluas 421 meter persegi

 


 

BANGUNAN MENARA PNM

Pada 28 Mac 2008 projek tambahan bangunan (Annex) PNM telah bermula. Pembinaan bangunan Annex ini bertujuan untuk memperluaskan ruang perkhidmatan Malaysiana yang merupakan perkhidmatan utama PNM. Selain daripada menempatkan semula beberapa bahagian di bawah satu bumbung. 

Bangunan Annex ini dinamakan Menara PNM setelah siap pada 31 Mei 2010 dan telah di duduki pada September 2010. Kerajaan telah melantik satu pasukan perunding swasta dengan melantik JKR Wilayah Persekutuan sebagai Penyelia Projek.

Juruperunding :

  • Halim Shahriman & Associates (Arkitek dan Juruhias Dalaman)
  • DRSA Consulting Sdn. Bhd. (Jurutera Awam dan Struktur)
  • ME Group Consultancy (Jurutera Elektrik)
  • QS Associates (Juruukur Bahan Kontraktor Utama
  • QSE Construction Sdn. Bhd.

 

Reka Bentuk Bangunan PNM

Bangunan baru adalah terjemahan konsep asal bangunan yang sedia ada untuk memastikan kedua-dua bangunan mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Arkitek telah menetapkan bangunan ini berdasarkan konsep untuk memastikan kesinambungan antara bangunan baru dan yang sedia ada.

  1. Keluasan keseluruhan: 4,575.8 meter persegi (49,253.5 kps)
  2. Keluasan bangunan: 22,196 sqm (246,676 ka persegi)
  3. Ruang
    • Aras Bawah – 5 (7 aras) ruang parkir
    • Aras 6 – 11 (6 aras) ruang perkhidmatan perpustakaan
    • Aras 12 – 15 (4 aras) ruang pejabat

Kapasiti Ruang Pembaca mampu menampung keseluruhan 400 tempat duduk pembaca

  • Aras 6 – Malaysiana (Terbitan Bersiri) – 116 tempat duduk
  • Aras 7 - Malaysiana (Monograf) – 124 tempat duduk
  • Aras 8 – Malaysiana (Peta dan Folio) – 82 tempat duduk
  • Aras 9 – Malaysiana (Terbitan Kerajaan) – 50 tempat duduk
  • Aras 10 – Malaysiana (Koleksi Nadir dan Peribadi) – 112 tempat duduk
  • Aras 11 – Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu – 32 tempat duduk
  • Aras 6 – 11A – Pusat Penyimpanan Koleksi Perpustakaan mampu menampung sehingga 1 juta koleksi perpustakaan

  •  
  • Print
  • Email this page

Bilangan Pelawat
Hari IniHari Ini22
Minggu LepasMinggu Lepas6930
Bulan IniBulan Ini19530
Bulan LepasBulan Lepas21786
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2273274
Total count : 2273274 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 2024