Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata
FAQ
Soalan Lazim
seperator Hubungi Kami
Hubungi Kami
seperator FAQ
Aduan & Maklumbalas
seperator Hubungi Kami
Peta Laman

Permohonan International Standard Serial Number (ISSN)

Apakah Itu ISSN?
 

International Standard Serial Number (ISSN) adalah Nombor Bersiri Piawai Antarabangsa yang unik bagi pengenalan sesebuah penerbitan berkala.

ISSN diperoleh daripada Agensi ISSN Antarabangsa yang berpusat di Paris, Perancis. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISSN mulai Jun 1976.

Contoh : ISSN 1823-7037
                ISSN 2590-4329

Sistem Operasi ISSN
 

International Serials Data System atau ISDS adalah satu rangkaian antarabangsa bagi operasi dan pusat serantau yang secara bersama bertanggungjawab bagi pembentukan dan penyelenggaraan Pangkalan Data berkomputer yang mengandungi maklumat asas bagi pengesanan terbitan bersiri yang diterbitkan di seluruh dunia. Pusat Antarabangsa Pangkalan Data berkomputer ini mempunyai Pusat Serantaunya bagi Asia Tenggara di Bangkok, Thailand.

Pusat Kebangsaan yang ditubuhkan di setiap negara yang menyertai program ini adalah bertujuan untuk memantau, menggalakkan penggunaan dan menetapkan ISSN kepada setiap terbitan bersiri yang diterbitkan di negara berkenaan.

 
Siapa Menentukan ISSN Di Malaysia?
 

Penubuhan Pusat Kebangsaan ISSN bagi Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia adalah keputusan Kabinet yang dibuat pada Jun 1976. Pusat Kebangsaan ISSN ini adalah bertanggungjawab bagi menetapkan ISSN kepada terbitan-terbitan bersiri yang diterbitkan di Malaysia, menyediakan rekod ISSN dalam pangkalan data dan menghantar ke Pusat ISDS Antarabangsa dan Pusat Serantau ISDS-SEA, setiap suku tahun.

 
Apakah Faedah-Faedah ISSN?
i. Memudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.
ii. Memajukan penjualan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
iii. Memudahkan akses kepada bahan terbitan bersiri.
iv. Tambah nilai kepada pendaftaran penerbitan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa (contoh: MyJurnal, Google Scholar, Scopus).
v. Memperkukuhkan lagi hak milik bahan terbitan penerbit.

 

  Bagaimana dan di mana ISSN Dicetak?  

Didahului dengan akronim ISSN (huruf besar) dan diikuti oleh dua kumpulan nombor empat angka yang diasingkan dengan tanda sengkang. Contoh : ISSN 1394-3650 ISSN hendaklah dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut atas sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.

  Pemberian ISSN  

ISSN diberikan kepada terbitan bersiri masa kini yang baru diterbitkan dan terbitan bersiri yang belum mempunyai nombor ISSN.

  Apakah Terbitan Bersiri?  

Terbitan-terbitan yang dikeluarkan berbahagian yang berturut-turut, biasanya mempunyai nombor atau susunan waktu dan bertujuan diteruskan penerbitannya sehingga sesuatu masa, seperti majalah, jurnal, dan lain-lain

Satu ISSN menentukan satu judul yang ditetapkan dan ia adalah khas untuk judul itu sahaja. Sekiranya judul itu bertukar atau ditambah, satu ISSN baru akan diberi bagi judul yang baru
Contoh:
Judul - Bulletin Siswazah Selangor - ISSN 0126-7841
Judul baru - Bulletin Siswazah - ISSN 0126-8961

Apabila terbitan bersiri diterbitkan juga di dalam berbagai bahasa dengan judul yang sama, setiap edisi akan diberi ISSNnya sendiri.
Contoh:
Siaran Pekebun (edisi Jawi) - ISSN 0126-6955
Siaran Pekebun (edisi Rumi) - ISSN 0126-5806

Juga, edisi di dalam berbagai bahasa yang mempunyai judul di dalam berbagai bahasa akan diberikan nombor ISSN yang berlainan Contoh:
Malaysia Official Yearbook - ISSN 0126-6089
Malaysia Buku Rasmi Tahunan - ISSN 0126-8627

  Bagaimana Memohon Nombor ISSN?  

Semua judul adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISSN. Bagi penerbit swasta ISSN hanya akan dikeluarkan setelah penerbit memperolehi permit penerbitan bahan bersiri dari Kementerian Dalam Negeri.

ISSN diberikan PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISSN.

  Kriteria Penerbitan Yang Layak dan Tidak Layak Mendapat ISSN / e-ISSN   LAYAK

Dijangka akan terus diterbitkan dengan judul yang sama sehingga bila-bila
Judul penerbitan bersiri baru yang diterbitkan di Malaysia dan sekurang-kurangnya sebanyak lima (5) helaian kertas bersaiz A4 atau seumpamanya bagi setiap isu.
Judul penerbitan bersiri yang generik (contoh: suratkhabar, majalah, buletin, jurnal, laporan tahunan, surat berita dan sebagainya.)
Lazimnya setiap keluaran mempunyai nombor keluaran, bilangan dan/atau tarikh.
Penerbitan judul yang sama tetapi nama penerbit telah bertukar kerana berlaku perubahan dalam organisasi/jabatan. Contoh : Laporan Tahunan / Jabatan Pendidikan Sarawak bertukar kepada Laporan Tahunan / Jabatan Pelajaran Sarawak
Penerbitan monographic series. Penerbitan ini perlu memohon nombor ISBN. Nombor ISSN hanya diberikan untuk siri dan telah diterbitkan sekurang-kurangnya 4 tahun berturut-turut (contoh: seminar dan prosiding)
Setiap format bagi penerbitan bersiri yang mempunyai judul yang sama tetapi diterbitkan lebih daripada satu versi/medium (contoh : bercetak dan atas talian).
Terbitan bersiri yang diterbitkan menggunakan judul yang sama tetapi berlainan bahasa.
Terbitan bersiri yang diterbitkan menggunakan judul yang sama tetapi berlainan edisi. Contoh : Edisi dwibahasa / Edisi bahasa Inggeris
Bagi permohonan terbitan bersiri secara atas talian, syarat utama ialah laman web telah siap sepenuhnya dan bahan tersebut telah diterbitkan sekurang-kurangnya satu jilid/volume serta mempunyai 5 artikel ke atas.

    TIDAK LAYAK

Bahan penerbitan yang telah ditetapkan hanya beberapa kali sahaja. Contoh: 7 keluaran sahaja.
Majalah dan suratkhabar keluaran khas.
Penerbitan “Print-on-demand”/cetakan terhad.
Penerbitan prosiding persidangan/seminar/pameran yang diterbitkan secara tidak tetap (kurang daripada 4 tahun berturut-turut)
Penerbitan untuk edaran terhad (cetakan kurang daripada 10 naskhah)
Penerbitan yang diterbitkan sekali sahaja (one-off publications)
Penerbitan yang diterbitkan sekali sahaja kemudian bertukar judul.
Penerbitan yang mengandungi 70% unsur pengiklanan dan promosi (contoh: katalog, buku kupon dsbnya.)

 

  Prosedur Permohonan ISSN  

Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu: PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN. Sertakan salinan permit KDN (bagi penerbit swasta sahaja) atau surat rasmi permohonan (bagi penerbit kerajaan sahaja), salinan mock-up kulit hadapan, salinan muka surat hakcipta/sidang redaksi dan salinan muka surat isi kandungan.

  Prosedur Permohonan eISSN  

Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu: PNM.PK.PBN(O).02(B3) – Borang Permohonan ISSN. Sertakan salinan permit KDN (bagi penerbit swasta sahaja) atau surat rasmi permohonan (bagi penerbit kerajaan sahaja), salinan cetakan skrin kulit hadapan, salinan cetakan skrin muka surat hakcipta/sidang redaksi dan salinan cetakan skrin muka surat isi kandungan dan salinan cetakan skrin di mana e-book akan dipapar berserta URL (contoh: www.pnm.gov.my)..

 Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan ISSN sila hubungi:

Pusat Bibliografi Negara
Perpustakaan Negara Malaysia,
Aras 3, Anjung Bestari
No. 232, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur.
(U/P: Pusat Kebangsaan ISBN/ISSN/PDP)
Tel : 03-26814329, 03-26871825, 03-26871700 samb 4288 / 4271/4284
E-mel : issn@pnm.gov.my

 


Kemaskini pada 2020-07-07 09:33:28 daripada Administrator 2

  •  
  • Print
  • Email this page