NATIONAL LIBRARY GROUP SOUTHEAST ASIA (NLG-SEA)
NLG-SEA diwujudkan berkaitan dengan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Perpustakaan Negara Asia Tenggara yang diadakan di Bangkok, Thailand pada 7 Mei 1994. NLG-SEA merupakan satu gabungan Ketua-Ketua Perpustakaan Negara di Asia Tenggara untuk menjalankan projek kerjasama dalam kalangan Perpustakaan Negara di rantau ini.