Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata
FAQ
Soalan Lazim
seperator Hubungi Kami
Hubungi Kami
seperator FAQ
Aduan & Maklumbalas
seperator Hubungi Kami
Peta Laman

Senarai Pusat Sumber Malaysia di Luar Negara

UNIVERSITI OHIO

Pusat Sumber Malaysia di Perpustakaan Universiti Ohio ditubuhkan bagi menyokong Kerusi Tun Razak yang diwujudkan di Universiti berkenaan. Pusat Sumber bertujuan untuk menyediakan maklumat dan bahan rujukan bagi kegunaan penyelidik, penuntut, syarikat dan orang awam di Universiti berkenaan mahupun dari Amerika Syarikat yang ingin membuat kajian mengenai Malaysia.

Pendedahan maklumat mengenai Malaysia ini akan memberi kesempatan yang baik kepada masyarakat di Amerika Syarikat untuk mengenali Malaysia secara lebih dekat lagi. Hal ini juga dapat membantu membetulkan segala pandangan berat sebelah dan anggapan salah mengenai Malaysia yang sering ditimbulkan dalam media massa asing.

Dalam pelaksanaan program ini, Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peruntukan bagi perolehan bahan perpustakaan, khususnya bahan buku Pusat Sumber Malaysia di Ohio.

 

KITLV / PUSAT SUMBER MALAYSIA DI UNIVERSITI LEIDEN

Pusat Sumber Malaysia di Koninklijk Instituut voor de Taal-Lan-en Volkenkunde (KITLV) atau lebih dikenali sebagai Institut Diraja Linguistik dan Antropologi Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan dengan hasrat untuk mempromosikan Malaysia dan pendidikan bahasa Melayu di Eropah. Pusat Sumber ini juga bertujuan untuk menyokong aktiviti penyelidikan para siswa di Eropah dengan menyediakan maklumat khusus, bahan bacaan dan pengetahuan serta sumber-sumber rujukan am lain tentang Malaysia dan bahasa Melayu. Pusat ini juga ditubuhkan untuk menyokong pengajian bahasa Melayu di Universiti Leiden.

 

UNIVERSITI VICTORIA

Pusat Sumber Malaysia di Wellington telah ditubuhkan di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand pada tahun 1999. Pusat Sumber ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada fungsi Kerusi Pengajian Melayu di Universiti Victoria yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada bulan Mac 1996. Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk membekalkan bahan rujukan bersesuaian yang diterbitkan di Malaysia untuk rujukan para penyelidik dan juga mereka yang berminat dalam membuat kajian mengenai Malaysia. Hal ini akan dapat membantu mereka mendapatkan ilmu dan maklumat daripada sumber rujukan berdasarkan perspektif orang Malaysia dan tidak hanya bergantung pada sumber rujukan yang disediakan oleh orang asi


Kemaskini pada 2016-12-14 15:39:25 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page