Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata
FAQ
Soalan Lazim
seperator Hubungi Kami
Hubungi Kami
seperator FAQ
Aduan & Maklumbalas
seperator Hubungi Kami
Peta Laman

Peraturan

 

Panduan Peraturan PNM

 

PERATURAN
  • Berpakaian kemas, bersih dan sesuai dengan persekitaran perpustakaan serta tidak mencolok mata.
  • Berkelakuan sopan dan tertib.
  • Membenarkan pemeriksaan keselamatan dilaksanakan oleh pegawai keselamatan ketika masuk / keluar dari perpustakaan.
  • Memelihara keharmonian antara pengguna dan petugas perpustakaan.
  • Meletak bahan bacaan yang telah digunakan di atas troli yang disediakan dan majalah yang telah dibaca di atas troli yang disediakan bagi kemudahan rujukan pengguna yang lain.

 

LARANGAN
  • Membawa masuk kereta sorong bayi, baju hujan/ payung, topi keledar, minuman berperisa dan makanan, benda-benda tajam seperti gunting dan pisau, binatang peliharaan dan bahan-bahan terlarang.
  • Mengoyak, memotong, menconteng dan merosakkan mana-mana bahagian muka surat buku, majalah dan surat khabar serta bahan bacaan yang lain.
  • Mempamer, mengedar, menampal atau melekatkan apa-apa bil, notis atau iklan di dalam dan di luar perpustakaan.
  • Membuat sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.
  • Vandalisme.
  • Merokok
  • Meludah
  • Binatang peliharaan.

 

DILARANG
  • Mengoyak, memotong, menconteng dan merosakkan mana-mana bahagian muka surat buku, majalah dan suratkhabar.
  • Mempamer, mengedar, menampal atau melekatkan apa-apa bil, notis atau iklan di dalam dan di luar perpustakaan.
  • Vandalisme.
  • Tidur.
  • Merokok.
  • Meludah.

 

PEMBERITAHUAN
  • PNM berhak menggantung keahlian sekiranya melanggar Peraturan PNM.
  • PNM tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan barang milik pengguna.
  • Peraturan PNM tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

 

PERKHIDMATAN PENGGUNA
  • Pinjaman Kanak-kanak (12 tahun ke bawah berada di Aras Bawah (berhadapan kafeteria) Perpustakaan Negara Malaysia.
  • Pinjaman Dewasa berada di Aras 3 dan 4, Bangunan Wisma Sejarah,Perpustakaan Negara Malaysia.
  • Perkhidmatan Sudut Maklumat OKU di Aras G, (berhadapan Perpustakaan kanak-kanak) Perpustakaan Negara Malaysia.
  • Perkhidmatan Perpustakaan Bestari Samsung di Aras 1, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.
  • Perkhidmatan Siber di Aras 2, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.
  • Perkhidmatan Hipermedia Dewasa (Sumber Elektronik seperti CV/CP/CPD/CVD/Pangkalan Data) di Aras 4, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.

 

PEMINJAMAN / PEMULANGAN
  • Meminjam enam naskah buku pada satu-satu masa untuk tempoh empat minggu bagi setiap buku. Denda RM 0.10 sehari bagi setiap buku yang lewat dipulangkan.
  • Bahan yang hilang/rosak hendaklah dilaporkan kepada pegawai bertugas dan denda adalah dua kali kos bahan.
  • Bertanggungjawab ke atas semua bahan yang dipinjam atas namanya.

Kemaskini pada 2019-04-01 14:08:24 daripada Administrator 2

  •  
  • Print
  • Email this page