Tahun 2000 - Kini
2000
-Penganugerahan Sijil MS ISO 9002/1994.
2001
-Persaraan Ketua Pengarah, Cik Shahar Banun Jaafar dan digantikan oleh Puan Zawiyah Baba, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah baru Perpustakaan Negara Malaysia mulai Disember 2001.
-Hikayat Hang Tuah disenaraikan dalam UNESCO The World Register Memory of the World.
2002
-Penstrukturan semula Perpustakaan Negara Malaysia telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
-Pelancaran Kempen Bulan Membaca oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di PWTC, Kuala Lumpur.
2005
-Persaraan Ketua Pengarah, Dato' Zawiyah bt Baba dan digantikan oleh Dr. Hj. Wan Ali Wan Mamat, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah baru bagi Perpustakaan Negara Malaysia mulai April 2005.
2006
-Persaraan Ketua Pengarah, Dr. Hj. Wan Ali Wan Mamat dan digantikan oleh Puan Siti Zakiah bt Aman, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah baru Perpustakaan Negara Malaysia mulai September 2006.
2008
-Persaraan Ketua Pengarah, Puan Siti Zakiah bt Aman dan digantikan oleh Encik Raslin bin Abu Bakar, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia mulai Januari 2008.
2014
-Persaraan Ketua Pengarah, Dato` Raslin bin Abu Bakar dan digantikan oleh Hajah Nafisah Binti Ahmad, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia mulai 1 Oktober 2014
-YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dilantik sebagai Ikon Membaca Perkhidmatan Awam
-Dato’ Nafisah Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah ke-9
-Perpustakaan Komuniti Mini UTC Keramat Mall mula beroperasi di Keramat Mall, KL
2015
-Garis Panduan Perpustakaan Masjid diterbitkan
-Peraturan-peraturan PNM (Bayaran dan Denda) (Pindaan) 2015 telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan P.U. (A) 222.
2016:
-PNM menyambut ulang tahun ke 50.
-Malaysia telah berjaya dalam pembidaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah penganjuran 84th International Federation Library Associations and Institutions World Library and Information Congress (IFLA WLIC) 2018.
-Penyerahan Kunci Bilik Penyimpanan Koleksi PNM.
-Projek Rintis Penjenamaan Semula PD di bawah Tadbir Urus PNM (MyLIKE) dimulakan.
2017:
-Projek Perluasan u-Pustaka sebagai Hub Maklumat Negara di bawah RMKe-11 (RP2).
-Pengiktirafan UNESCO Memory of the World International Register bagi lima naskhah manuskrip Cerita Panji pada tahun 2017.
-Pengiktirafan pencapaian tertinggi bagi Modul Penialaian Outcome (JKPO) ICU JPM bagi projek pembinaan Bilik Penyimpanan Koleksi PNM di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
2018:
-Penganjuran IFLA World Library and Information Congress 2018 yang ke-84 bertemakan Transform Libraries Transform Societies: Reaching Out to the Hard to Reach.
-Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
-Jabatan Warisan Negara telah mengiktiraf 5 naskhah manuskrip Melayu Cerita Panji Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Objek Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
2019:
-Persaraan Dato’ Nafisah Ahmad sebagai Ketua Pengarah PNM.
-YBrs Puan Maizan Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PNM pada 17 Jun 2019.
-Penyediaan perkhidmatan e-Book Beacon Zone melalui fasiliti Smart Tourism sempena Visit Malaysia 2020 (VM2020).
-Pembukaan perpustakaan komuniti iaitu Perpustakaan Buku2U@Radia Bukit Jelutong dengan kerjasama Syarikat Sime Darby Development Sdn. Bhd.
2020
-PNM melancarkan PNM TV Channel dan PNM Tourism Passport (book pocket menggunakan AR/VR dan Re@Re Technology).
-Sistem Depositori Kebangsaan (SDK) telah dibangunkan pada November 2020
-PNM menjuarai program Yellow Apron Challenge (Read Me a Book: ASEAN-ROK Is Reading) Peringkat ASEAN yang dianjurkan oleh National Library for Children and Young Adults, Republik Korea.
Kemaskini pada 2021-10-29 09:37:44 daripada Administrator 2