Warisan Seni Bina Melayu Terengganu
![]() |
|
Judul : | Warisan Seni Bina Melayu Terengganu |
Pengarang : | Mohd Yusuf Abdullah |
Tahun Terbitan : | 2012 |
Ringkasan : | Sejarah negeri Terengganu yang panjang mewariskan pelbagai tinggalan yang masih dapat kita lihat dan nikmati sampai ke hari ini. Salah satu daripada sekian banyak khazanah budaya asli negeri Terengganu yang masih utuh dengan nilai keindahannya ialah seni bina bangunan. Seni bina bangunan tradisional Melayu Terengganu adalah sebahagian daripada khazanah seni bina Melayu Nusantara dan pancaran tamadun mereka. Ia lahir daripada keluasan dan kedalaman akal budi serta kehalusan daya cipta para tukang mahir yang memanfaatkan bahan-bahan sekeliling mereka bagi tujuan membangunkan tempat kediaman dan sebagainya. Ia melambangkan identiti dan kehidupan masyarakat Melayu yang bersebati hidupnya dengan alam sekeliling mereka sejak zaman-berzaman. Disebabkan landasan modenisasi, seni bina tradisional semakin terhapus, namun terdapat usaha segolongan pecinta seni bina tradisional yang gigih mempertahankan tradisi, dan berusaha mengekal dan mengembangkan warisan bentuk yang sesuai. Justeru pada hari ini, kita dapati beberapa perkembangan penting dan menarik. Pertama, usaha untuk mengekalkan bangunan lama serta warisan tradisional dengan membaik pulih dan mengekalkan seni bina tradisional seperti rumah, masjid, wakaf, istana dan sebagainya. Ini dilakukan oleh pihak berkuasa seperti muzium dan pihak berkuasa warisan atau pihak berkepentingan lainnya. Selain itu, kita juga menyaksikan usaha mengembangkan matafizikal. Sebagai satu usaha penting mendokumentasikan seni bina tradisional Melayu, buku Seni Bina Melayu Terengganu memperihakankan sejarah, jenis, bentuk dan fungsi seni bina Melayu terengganu di samping menghuraikan upacara keagamaan yang dilaksanakan oleh para tukang di tapak pembinaan apabila mendirikan sesebuah rumah baru agar pemilik dan penghuni rumah mendapat kesejahteraan. Selain itu, ia juga menunjukkan perkembangan terkini di mana bentuk-bentuk seni bina tradisional, misalnya bentuk bumbung, dipadankan dengan seni bina moden dalam pelbagai bangunan seperti pejabat, hotel, lapangan terbang dan sebagainya. Buku ini amat berguna bagi orang ramai khususnya para pengkaji, pelajar dan peminat warisan seni bina Melayu dan merupakan sebuah dokumentasi yang amat bernilai mengenai salah satu warisan tamadun Melayu yang kaya-raya itu. |
No.Panggilan : | 720.899230595122 MYA f M 720.899230595122 MYA f D |