Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata
FAQ
Soalan Lazim
seperator Hubungi Kami
Hubungi Kami
seperator FAQ
Aduan & Maklumbalas
seperator Hubungi Kami
Peta Laman

Bahasa Melayu Bahasa Universal

Bahasa Melayu Bahasa Universal

 
 
Judul : Bahasa Melayu Bahasa Universal
Pengarang : Rahim Aman
Tahun Terbitan : 2012
Ringkasan : Kajian ke atas bahasa Melayu yang disajikan dalam buku ini mencakupi tiga isu penting. Isu tersebut ialah berkaitan tatabahasa bahasa Melayu, dialek bahasa Melayu dan bahasa kerabat, dan pendidikan dalam bahasa Melayu. Ketiga-tiga isu ini dikupas secara terperinci hasil daripada kajian penyelidikan yang telah dan sedang dilakukan. Isu berkaitan tatabahasa bahasa Melayu dirangkumkan dalam empat bab, bermula dari 1-4, bab 5-8 berkaitan isu dialek bahasa Melayu dan bahasa kerabat, dan bab 9-10 berkaitan isu pendidikan dalam bahasa Melayu. Sesungguhnya, kehebatan bahasa Melayu dalam sejarah perkembangannya dapat ditelusuri jauh sebelum abad ke-17 lagi. Bahasa ini menjadi bahasa Lingua Franca perdagangan alam Nusantara, malah lebih jauh lagi sehingga menjalar ke Timur Tengah, Afrika dan Eropah. Aktiviti perdagangan yang dijalankan antaranya pelaut Melayu dengan pelaut lokal di lokasi yang dinyatakan sebelum ini turut membawa tersebarnya bahasa tersebut. Jesteru, bahasa Melayu yang telah dibincangkan dan mendapat perhatian sarjana Eropah sejak abad ke-17 lagi. Kenyataannya, bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bukan ‘bahasa kering’ seperti mana telah diwar-warkan sebelum ini. Bahasa ini akan menjadi lebih kering jika penuturnya tidak membincangkan ilmu Melayu dalam bahasanya sendiri.
No.Panggilan : 499.2307 BAH M
499.2307 BAH D

Kemaskini pada 2014-07-04 12:26:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page