Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata
ISO

Kepimpinan dan Pengurusan : Dakwah, Media dan Ilmu

Kepimpinan dan Pengurusan : Dakwah, Media dan Ilmu

 
 
Judul : Kepimpinan dan Pengurusan : Dakwah, Media dan Ilmu
Pengarang : Zulkiple Abd. Ghani, Roslizawati Mohd. Ramly, Mohd Rushdan Mohd Jailani, Muhamad Yusuf Khalid
Tahun Terbitan : 2012
Ringkasan : Kepimpinan dan pengurusan merupakan dua elemen yang saling terkait. Dikatakan bahawa seorang pemimpin ialah seorang pengurus. Manakala tugas-tugas pengurusan memerlukan kepada daya kepimpinan yang tinggi dan karismatik. Dalam konteks semasa, aspek kepimpinan dan pengurusan Islam menjadi lebih mencabar. Pertikaian berhubung dengan masalah kepimpinan dalam Islam dan cabaran pelaksanaannnya menjadi isu yang sering dibahas. Antara persoalan-persoalan yang sering diutarakan adalah apakah konsep dan tanggungjawab kepimpinan dalam Islam? Apakah terdapat perbezaan antara kepimpinan Islam dan Barat? Bagaimanakah kepimpinan Islam dapat diaplikasikan dalam konteks semasa? Buku Kepimpinan dan Pengurusan : Dakwah, Media dan Ilmu merupakan satu himpunan kertas kerja yang dibentangkan oleh kakitangan akademik Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Buku ini mengandungi perbincangan berhubung persoalan kepimpinan dan pengurusan dalam Islam terutamanya dari aspek dakwah, media dan ilmu. Diharapkan penerbitan buku ini dapat menambahkan lagi koleksi ilmu kepimpinan dan pengurusan dalam bidang dakwah, media dan ilmu Malaysia.
No.Panggilan : 297.27 KEP M
297.27 KEP D

Kemaskini pada 2014-07-04 12:36:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page