Perpustakaan Negara Malaysia menawarkan perkhidmatan rujukan dan maklumat mengenai Malaysia kepada para penyelidik dan pustakawan daripada dalam dan luar negera. Perkhidmatan maklumat yang disediakan melalui pelbagai sumber maklumat dan beberapa pangkalan data atas talian menjadikan Rujukan Malaysiana satu daripada perkhidmatan terpenting mengenai Malaysia. Koleksi Monograf Malaysiana terdiri daripada bahan-bahan terbitan Malaysia dan keseluruhan atau sebahagian besar daripada berhubung dengan Malaysia dan penduduknya, tidak terhad tempoh penerbitan atau bahasa yang digunakan.
Koleksi ini bertujuan mengumpul semua maklumat mengenai Malaysia dan hasil karya penulis tempatan yang berbentuk monograf untuk rujukan orang ramai.
Objektif perkhidmatan maklumat ini ialah memastikan bahan atau maklumat yang diperlukan oleh pengguna dapat disediakan sebaik-baiknya dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
Untuk melengkapkan perkhidmatan, PNM juga menyediakan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan melalui Sistem Pembekalan Penerbitan (Sistem Pembekalan Penerbitan, SPP).
WAKTU PERKHIDMATAN
Pusat Maklumat Malaysiana (Tingkat 6 - 9)
|
||
Selasa - Sabtu
|
:
|
10.00 pagi - 5.00 petang
|
Ahad
|
:
|
10.00 pagi - 5.00 petang
|
Isnin & Cuti Umum
|
:
|
Tutup
|
Koleksi Khas (Tingkat 10)
|
||
Selasa - Khamis
|
:
|
10.00 pagi - 5.00 petang
|
Jumaat
|
:
|
10.00 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang - 5.00 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
|
:
|
Tutup
|
Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) - (Tingkat 8) | ||
Isnin- Jumaat
|
:
|
8.00 pagi - 4.30 petang
|
Kemaskini pada 2022-09-08 15:44:13 daripada Administrator 2