Pembelajaran Bahasa Kedua dan Asing : ( metodologi pembelajaran bahasa-pendekatan komunikatif-psikologi pendidikan-pembelajaran kendiri-pembelajaran dan pengujian kemahiran lisan)
![]() |
|
Judul : | Pembelajaran Bahasa Kedua dan Asing : ( metodologi pembelajaran bahasa-pendekatan komunikatif-psikologi pendidikan-pembelajaran kendiri-pembelajaran dan pengujian kemahiran lisan) |
Pengarang : | Ghazali Yusri Abd Rahman |
Tahun Terbitan : | 2012 |
Ringkasan : | Buku ini disusun bagi membantu para pelajar, para guru, pihak sekolah dan institusi pendidikan tinggi dalam menyelami beberapa isu yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa secara umumnya dan pembelajaran bahasa kedua dan asing secara khususnya. Antara isu yang dibincangkan adalah aspek luaran pelajar yang mempengaruhi pembelajaran bahasa seperti pendekatan pembelajaran, prinsip aktiviti pembelajaran, penggunaan bahan pembelajaran serta faktor tenaga pengajar. Aspek psikologi dalaman pelajar juga dikupas seperti sikap, motivasi intrinsik, motivasi entrinsik, nilai tugasan (self-efficacy), kebimbangan ujian, strategi pembelajaran kognitif, strategi metakognitif dan strategi pengurusan sumber pembelajaran. Selain itu, buku ini juga menyentuh aspek pembelajaran kemahiran lisan melibatkan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur termasuklah prinsip, teknik dan aktiviti pembelajaran bahasa. Buku ini seterusnya membahaskan aspek pengujian kemahiran lisan yang merangkumi aspek kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Begitu juga teknik pengujian kemahiran lisan serta teknik pemarkahan kemahiran bertutur sama ada teknik analitikal ataupun holistik. Buku ini merupakan sebahagian tesis kedoktoran penulis yang bertajuk ‘Penilaian Kemahiran Lisan dalam Kurikulum Bahasa Arab’ di Universiti teknologi Mara (UiTM) di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. |
No.Panggilan : | 418.0071 GHA M 418.0071 GHA D |
Kemaskini pada 2014-07-04 12:38:08 daripada Administrator