Perkhidmatan Mikrofilem Surat Khabar
Perkhidmatan Terbitan Bersiri merupakan satu perkhidmatan yang diperkenalkan oleh Perpustakaan Negara Malaysai pada tahun 1993. Ia diwujudkan untuk memainkan peranan sebagai pusat kecemerlangan rujukan terbitan bersiri khususnya Malaysiana bagi memenuhi keperluan maklumat negara.
Perkhidmatan rujukan Terbitan Bersiri terbahagi kepada dua, iaitu Terbitan Bersiri Malaysiana di Aras 6, Menara PNM dan Terbitan Bersiri Umum di Aras 4 Tengah, Anjung Bestari. Perkhidmatan Terbitan Bersiri Malaysiana membekalkan maklumat terbitan bersiri dalam negara manakala Perkhidmatan Terbitan Bersiri Luar Negara membekalkan maklumat terbitan bersiri luar negara. Pengguna digalakkan merujuk pangkalan data atas talian untuk mengakses terbitan bersiri luar negara melalui www.pnmdigital.com.
Sumber maklumat koleksi terbitan bersiri terdiri daripada bahan bercetak, bukan bercetak, elektronik dan dalam talian. Antara koleksi bahan yang terdapat dalam Koleksi Malaysiana dan Koleksi Luar Negara ialah majalah, surat khabar, laporan tahunan, buku tahunan, buku panduan, jurnal, indeks, abstrak dan sebagainya. Manakala laporan statistik, warta kerajaan dan akta hanya terdapat di Koleksi Malaysiana.
Simbol yang digunakan untuk bahan-bahan dalam koleksi ini ialah MS, MSR, S dan SR.
Perkhidmatan dalam talian bagi terbitan bersiri yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia adalah :
- LawNet (Akta dan Perundangan)
- NSTP e-Media (Artikel Suratkhabar)
- Sistem Katalog Dalam Talian / Pangakalan Data Pancaran Mentari (Indeks Majalah/Jurnal/Kertas Persidangan
Kemaskini pada 2016-12-14 11:37:31 daripada Administrator