PNM turut menawarkan perkhidmatan khas kepada golongan OKU dengan menyediakan Sudut Maklumat OKU yang dibuka kepada orang ramai pada waktu berikut: |
|||||||||||
|
|||||||||||
![]() |
Koleksi | ||||||||||
Bahan bacaan dan maklumat yang disediakan di sini terdiri daripada bahan bercetak dalam tulisan besar, buku braille, kad pembelajaran dan buku audio (terbitan PNM dan terbitan luar negara). Selain itu pengguna juga boleh mengakses buku audio yang dilanggan melalui pangkalan data seperti Overdrive dan EbscoHost di sini. |
|||||||||||
![]() |
Kemudahan Komputer, Internet dan Wifi | ||||||||||
Dua buah komputer multimedia yang dilengkapi dengan kemudahan internet disediakan di sini. Komputer-komputer ini dilengkapi dengan perisian JAWS (Job Access With Speech) bagi memudahkan golongan OKU Penglihatan mengakses maklumat dan menjalankan kerja-kerja kesetiausahaan dengan mudah. |
|||||||||||
![]() |
Pengangkutan Percuma | ||||||||||
Pengangkutan percuma jugadisediakan untuk golongan OKU dari Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) ke premis Perpustakaan Negara Malaysia (perkhidmatan pergi dan balik) pada setiap hari perkhidmatan. Pengguna perlu menempah lima hari bekerja sebelum menggunakan perkhidmatan ini. |
Kemaskini pada 2018-12-28 11:47:52 daripada Administrator