Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

search

Carian

faq-img

Soalan Lazim

maklumbalas

Hubungi Kami

faq-img

Aduan & Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

BM    EN

w3c

W3C

logo-jata
Laman Sesawang

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

image

faq-img

Warga

maklumbalas

Penerbit

maklumbalas

Awam

Buku-buku Terbitan Perpustakaan Negara Malaysia -4

HIKAYAT INDERA QURAISYIN: SATU KAJIAN  
HIKAYAT INDERA QURAISYIN: SATU KAJIAN
Buku ini adalah hasil kajian terhadap sebuah manuskrip Melayu berjudul Hikayat Indera Quraisyin. Satu kajian yang terdapat dalm koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Hikayat ini memaparkan watak seorang tuan puteri yang amat menonjol dari segi kepimpinan, kebijaksanaan, kehandalan dan kekayaan serta mencapai kemenangan dalam beberapa peperangan besar. Hikayat ini amatlah menarik untuk dihayati ketokohan seorang wanita. Penulis pula adalah seorang tokoh penyelidikan manuskrip Melayu berbangsa Perancis.
Muka Surat : 235
Tahun Terbitan : 1998
Harga Senaskhah : RM25.00
ISBN : 967-931-093-0
  HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD  
HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD
Terbitan ini adalah hasil kajian terhadap sebuah manuskrip Melayu berjudul Hikayat Ahmad Muhammad yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia (MSS 422). Hikayat ini mengisahkan tentang persahabatan di antara Ahmad dan Muhammad yang dapat memberikan teladan yang baik tentang makna persahabatan yang sebenar dan amat baik dibaca untuk pendidikan moral. Buku ini asalnya sebuah tesis M.A.
Muka Surat : 257
Tahun Terbitan : 1996
Harga Senaskhah : RM25.00
ISBN : 967-931-052-3

TOKOH-TOKOH PERBUKUAN MALAYSIA  
TOKOH-TOKOH PERBUKUAN MALAYSIA
Buku ini mengandungi 21 bab yang menceritakan sumbangan intelek 21 tokoh perbukuan di Malaysia. Tokoh yang dipilih ialah mereka yang telah memberi sumbangan besar ke arah pembangunan dan kemajuan industri buku negara.
Muka Surat : 202
Tahun Terbitan : 2011
Harga Senaskhah : RM53.00
ISBN : 978-967-931-219-5
  KATALOG KOLEKSI NADIR DAN PERIBADI BERANOTASI  
KATALOG KOLEKSI NADIR DAN PERIBADI BERANOTASI
Katalog ini merupakan kesinambungan daripada Katalog Koleksi Nadir dan Peribadi yang diterbitkan pada tahun 2006. Katalog yang bercirikan buku mewah ini merupakan satu terbitan bagi mempromosi koleksi nadir dan peribadi yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia serta menggalakkan pengguna bahan berkenaan dalam usaha memartabatkan koleksi ini sebagai warisan Negara yang banyak dipulihara dan dilestarikan ilmu yang terkandung di dalamnya kepada masyarakat. Sebanyak 110 buah buku telah dipilih dan dibuat sinopsis yang terdiri dari pelbagai subjek perkara seperti sejarah, pendidikan, undang-undang, kemasyarakatan, kebudayaan dan lain-lain. Katalog ini ditulis dalam bahasa Melayu yang kebanyakan koleksinya terdiri dari tulisan jawi dan rumi.
Muka Surat : 141
Tahun Terbitan : 2011
Harga Senaskhah : RM43.00
ISBN : 978-967-931-231-7

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN AWAM: IFLA/UNESCO GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN  
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN AWAM: IFLA/UNESCO GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN
Buku ini adalah hasil terjemahan daripada buku The Public Library Services: IFLA/UNESCO Guidelines for Development oleh kumpulan kerja dipengerusikan oleh Philip Gill bagi pihak Seksyen Perpustakaan Awam IFLA/UNESCO. Penerbitan buku ini adalah sebagai bahan rujukan dan panduan bagi mengurus tadbir perpustakaan awam oleh semua pihak yang bertanggungjawab untuk membangunkan perkhidmatan perpustakaan awam yang cekap dan berkesan.
Muka Surat : 125
Tahun Terbitan : 2003
Harga Senaskhah : RM40.00
ISBN : 967-931-133-3
  TRADISI PENULISAN MANUSKRIP MELAYU  
TRADISI PENULISAN MANUSKRIP MELAYU
Buku ini mengandungi 17 kertas kerja oleh tokoh-tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang manuskrip Melayu. Kertas-kertas kerja berkenaan telah dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Manuskrip Melayu yang telah diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia dari 3 hingga 4 Oktober 1995. Bidang perkara yang dibincangkan agak luas meliputi skrip, alat tulis, kepengarangan dan lain-lain.
Muka Surat : 283
Tahun Terbitan : 1997
Harga Senaskhah : RM30.00
ISBN : 967-931-068-X

1 2 3 4 5 6

  •  
  • Print
  • Email this page

Bilangan Pelawat
Hari IniHari Ini145
Minggu LepasMinggu Lepas5166
Bulan IniBulan Ini12581
Bulan LepasBulan Lepas23881
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2286349
Total count : 2286349 Tarikh Kemaskini : 18 - 05 - 2024