Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

search

Carian

faq-img

Soalan Lazim

maklumbalas

Hubungi Kami

faq-img

Aduan & Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

BM    EN

w3c

W3C

logo-jata
Laman Sesawang

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

image

faq-img

Warga

maklumbalas

Penerbit

maklumbalas

Awam

Buku-buku Terbitan Perpustakaan Negara Malaysia

 

image
 

 

PANDUAN RESOURCE DESCRIPTION AND ACCESS (RDA) MALAYSIA (EDISI KEDUA)

Buku Panduan Resource Description and Access (RDA) Malaysia (Edisi kedua) ini merupakan kesinambungan daripada buku Panduan Resource Description and Access (RDA) Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2014. Buku panduan ini telah diterbitkan dengan mengambil kira keperluan RDA Toolkit agar bersesuaian dengan amalan pengkatalogan di Malaysia. Buku ini wajib dimiliki oleh semua perpustakaan di Malaysia kerana ia merupakan satu buku panduan yang lengkap dan dapat membantu memudahkan semua pustakawan di Malaysia dalam melaksanakan proses pendokumentasian bahan perpustakaan menggunakan standard RDA.
Muka Surat : 366
Tahun Terbitan : 2018
Harga Senaskhah : RM19.60
ISBN : 978-967-931-302-4
  PERSEORANGAN

 
STANDARD ENTRI PENGKATALOGAN MALAYSIA : NAMA ORANG PERSEORANGAN
Standard Entri Pengkatalogan Malaysia : Nama Orang Perseorangan merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan entri nama orang perseorangan dalam rekod bibliografi dan juga fail kuasa pengarang orang perseorangan.  Standard ini dapat membantu para pustakawan dalam menentukan entri nama orang perseorangan Malaysia semasa proses pendokumentasian, penghasilan entri nama pengarang dan fail kuasa yang seragam dan berkualiti agar dapat dikongsi dan diperakui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Muka Surat : 338        
Tahun Terbitan : 2015
Harga Senaskhah : RM16.10
ISBN : 978-967-931-267-6

THE LEGACY OF MALAY MANUSCRIPTS

 
STANDARD ENTRI PENGKATALOGAN MALAYSIA : NAMA BADAN SELEMBAGA
OStandard Entri Pengkatalogan Malaysia : Nama Badan Selembaga adalah merupakan standard yang pertama mengenai badan selembaga yang diterbitkan secara rasmi oleh Perpustakaan Negara Malaysia.  Standard ini dapat membantu para pustakawan dalam menentukan entri nama badan selembaga Malaysia semasa proses pendokumentasian.  Ini bagi menghasilkan entri nama badan selembaga Malaysia dan fail kuasa yang seragam dan berkualiti serta dapat dikongsi dan diperakui pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Muka Surat : 205
Tahun Terbitan : 2017
Harga Senaskhah : RM16.00
ISBN : 978-967-931-284-3
  Seksologi

 

SEKSOLOGI : Ilmu Perkasihan Melayu 

’’Hubungan intim suami dan isteri ’’

Keperluan mengetahui dan memahami kelebihan dan kekurangan suami isteri bagi mewujudkan keharmonian dan kebergantungan antara satu sama lain. Seksologi atau perkasihan Melayu tradisional bersumberkan adat budaya Melayu yang menjadikan Islam sebagai kerangka asas penzahiran kasih sayang. Kandunganya meliputi makna ilmu pengasih, ilmu pembenci, ilmu guna-guna, cinta dan kasih sayang. Hasil cerapan pengetahuan daripada manuskrip melayu.

Muka Surat : 411       
Tahun Terbitan : 2019
Harga Senaskhah : RM94.95
ISBN : 978-967-931-342-0

image  

KITAB TIB : Ilmu Perubatan Melayu Edisi Terkini

Kitab ini mengandungi pelbagai pembicaraan mengenai perubatan Melayu tradisional, dipetik dan disunting daripada 10 naskhah warisan Melayu dalam koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Selain itu, karya ini juga mengambil kira teks-teks lain (sekitar 40 naskhah) dalam koleksi yang sama dan lain-lain koleksi dunia, Leiden, London, Acheh, Jakarta, Sri Lanka dan Brunei Darussalam.

Muka Surat : 440
Tahun Terbitan : 2019
Harga Senaskhah : RM75.00
ISBN : 978-967-931-282-6
  image  
PUISI DALAM ZAMAN TIDAK PUITIS : Poetry In Non – Poetic Era
Himpunan puisi istimewa daripada pemuisi tempatan dan antarabangsa. Lebih bermakna, himpunan puisi ini turut dipersembahkan oleh pemuisi dalam kalangan Sasterawan Negara dan pemuisi terkemuka daripada 12 negara, antaranya Jepun, Perancis, New Zealand, Iran, Bangladesh, Brunei Darussalam, Filipina, Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam termasuk Malaysia.
Muka Surat : 135
Tahun Terbitan : 2019
Harga Senaskhah : RM42.00
ISBN : 978-967-460-836-1

1 2 3 4 5 6

  •  
  • Print
  • Email this page

Bilangan Pelawat
Hari IniHari Ini687
Bulan IniBulan Ini13352
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2251396
Total count : 2251396 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024